" "
Buletin

KLUSTER KAYANGAN ANJUR MAJLIS KAHWIN DI DALAM PESAWAT. TIADA PENJARAKAN FIZIKAL, PELITUP MUKA

Sepasang pengantin baru menempah sebuah pesawat penumpang untuk menganjurkan perkahwinan di udara selepas majlis biasa tidak dapat dilangsungkan berikutan sekatan perintah kuarantin. Pesawat itu didakwa membawa lebih 160 orang tetamu dan mencetuskan kecaman orang ramai.  

Justeru, pihak berkuasa penerbangan awam India mengarahkan siasatan menyeluruh dibuat dan menggantung tugas krew pesawat yang terlibat. 

Penularan ganas COVID-19 di India menyaksikan kematian akibat virus itu melepasi 300,000 orang pada Isnin lalu. Kebanyakan negeri di india hanya membenarkan 50 orang tetamu dalam satu-satu majlis perkahwinan.

Pasangan yang tidak didedahkan nama mereka itu berkahwin dalam pesawat SpiceJet dan terbang di atas kuil bersejarah Meenakshi Amman dalam perjalanannya dari madurai ke Bangalore. 

Foto dan video sambutan tersebut kemudian dikongsi di laman sosial yang menunjukkan pengantin dikalungkan dengan bunga, selain mengambil gambar selfie. Seperti yang boleh dilihat, hampir semua tidak memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal. 

Pengarah penerbangan awam India mengarahkan SpiceJet supaya mengenakan tindakan ke atas pasangan dan tetamu mereka. Mereka juga mungkin akan diharamkan daripada menaiki pesawat penumpang selepas ini. 

“Agen dan tetamu telah diberi taklimat terperinci mengenai penjarakan fizikal secara verbal dan bertulis yang perlu dipatuhi ketika berada di lapangan terbang serta di dalam pesawat. Walaupun telah diingatkan banyak kali, jelas semua penumpang tidak mengendahkannya,” kata pegawai berkenaan. 

Dengan lebih 26 juta kes jangkitan, sistem kesihatan di India dilihat hampir lumpuh.  

Google ads
Back to top button