
165 KOLEKSI MOTOSIKAL MILIK DENNY KANNENBERG UNTUK DILELONG
Denny Kannenberg ataupun lebih dikenali sebagai Kannonball kerana gaya tunggangan dalam perlumbaan mula menceburi bidang permotoran bermula tahun 1956 hingga 1973.
Dia memulakan perniagaan Sports Wheels di Minnesota, Amerika Syarikat (AS) dan obses terhadap jentera dua roda sehingga memiliki lambakan koleksi motosikal tersimpan rapi dalam garaj miliknya.

Gas Monkey Garage and Worldwide Auctioneers akan melelong sebanyak 165 koleksi motosikal milik Kannenberg bermula 10 hingga 11 September tahun ini.
Antaranya termasuk jenama seperti Suzuki, Honda, Yamaha, Bultaco, Hodaka, Maico dan Osana.

Kesemua motosikal yang bakal dilelong hampir berada dalam keadaan asal jentera terbaik dan dijaga dengan rapi.
Begitupun, terdapat beberapa jentera yang dijangka menarik perhatian pembida termasuk Kawasaki 500 III 1969, Honda CX500 Turbo (1986) yang ditandatangan oleh Don Garlits dan Harley Davidson Model KR.

Selain motosikal, terdapat 30 unit kenderan dan memorabilia akan dilelong.
“Koleksi yang bakal dilelong menawarkan sejarah dalam bidang pemotoran dan perlumbaan motosikal. Tidak akan ada peluang sebegini dalam lelongan,” kata pemilik Gas Monkey Garage. –rideapart
- BACA: PEMENANG BIDAAN ACURA INTEGRA TYPE-R BERPUTIH MATA. PENJUAL HANCURKAN JENTERA SELEPAS TAMAT LELONGAN
- BACA: YOUTUBER LELONG LAMBO AVENTADOR KADBOD PADA HARGA RM43,000
- BACA: TOYOTA SUPRA LEGEND FAST & FURIOUS UNTUK DILELONG
- BACA: NISSAN SKYLINE GT-R R34 V-SPEC II NUR UNTUK DILELONG. BARU 10 KM PERBATUAN SAJA





