Buletin

5 MAUT BELON UDARA LANGGAR KABEL ELEKTRIK, TERHEMPAS DI JALAN ALBUQUERQUE

Lima maut dalam kemalangan belon udara panas di Albuquerque, barat daya Amerika Syarikat (AS) apabila terlanggar kabel elektrik dan terhempas di jalan bandar terbabit.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 7 pagi itu, kondola belon udara berkenaan terjatuh pada ketinggian 30 meter dan terhempas di jalan sebelum ia terbakar.

Menurut pihak polis, kesemua penumpang di dalam belon udara berkenaan meninggal dunia termasuk salah seorang ahli keluarga pegawai polis Albuquerque.

Insiden itu turut menyebabkan berlaku gangguan bekalan elektrik selama beberapa jam di kawasan terbabit selepas belon udara panas berkenaan terlanggar kabel elektrik.

Empat individu maut kerana cedera dalam kemalangan belon udara panas itu manakala seorang lagi mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital.

Pihak berkuasa kemudian memaklumkan, lelaki dewasa itu turut meninggal dunia.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden itu. AP/BBC

Google ads
Back to top button