Buletin

GAMBARAN ARTIS SUBARU 22B VERSI MODEN. AMACAM?

Salah satu model kereta yang ikonik dan rapat dengan jenama Subaru itu sendiri adalah Subaru Impreza 22B STI yang dilancarkan bersempena dengan kejayaan pengeluar tersebut di dalam WRC.

Sejak daripada itu, boleh dikatakan tiada lagi model Impreza/WRX dihasilkan dalam versi coupe dua pintu.

Mungkin kerana kurang permintaan, atau pasaran itu sendiri yang semakin menguncup.

Namun, ia tidak menghalang seorang artis, Rain Prisk untuk menghasilkan gambaran 22B STI versi moden dengan menggunakan generasi terkini WRX yang masih lagi belum diperlihatkan dalam versi STI.

Perubahan yang ketara adalah model ini kini menampilkan reka bentuk dua pintu, dengan komponen cladding plastik yang telah dihilangkan daripada arka roda, menjadikan rupa paras ’22B STI’ moden ini lebih bersih.

Selain daripada itu, keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim berwarna emas, diikuti dengan spoiler belakang, penambahan pada skirt sisi, splitter hadapan, serta jarak kelegaan tanah yang direndahkan.

Model asal Subaru Impreza 22B kini sudah mencapai status lagenda, di mana harga jualan unit terpakai sudah senang-senang cecah angka berjuta.

Menyesal pula tak beli model ni masa zaman muda.

Google ads
Back to top button