
NISSAN KICKS, SUV B SEGMEN BAKAL DILANCARKAN? 900KM UNTUK SETANGKI PENUH PETROL
Nissan Malaysia telah mendedahkan secara sengaja 2 buah SUV yang bakal dilancarkan oleh mereka dalam masa yang terdekat melalui video perayaan tahun baru cina di lama Youtube. Video pemasaran selama satu minit ini mendedahkan kelibat Nissan Kicks e-power dan juga Nissan Ariya iaitu sebuah SUV berkuasa elektrik memberikan petanda yang kedua dua model ini bakal dipasarkan tidak lama lagi
Jadi kami bongkarkan sedikit semua maklumat berkenaan dengan Nissan Kicks e-power ini jika anda berminat dengan SUV dengan teknologi hibrid segmen B ini.
Dari segi saiz, Nissan Kicks dibangunkan dengan V Platform yang turut berkongsi dengan model Almera datang dengan jarak antara roda 2615mm, lebar 1760mm, panjang 4290mm serta tinggi 1615mm. Ruang bagasi datang dengan kapasiti 423 liter disumbangkan dengan penggunaan suspensi torsion beam di bahagian belakang dan McPherson di bahagian depan.

Untuk pasaran Thailand, Nissan Kicks hanya dipasarkan dengan satu tawaran enjin sahaja iaitu enjin 3 silinder 1200cc HR12DE DOHC CVTC e-Power yang akan bertindak sebagai pengecas untuk mengecaj bateri sistem hibrid dan seterusnya menggerakkan motor elektrik. Tiada satu pun sambungan mekanikal dari enjin yang menghasilkan 80 kuasa kuda dan 103Nm tork ini kepada tayar
Ia akan digunakan khusus untuk mengecaj bateri sistem 1.57kWh ion lithium. Kuasa elektrik ini akan melalui inverter untuk menukar arus terus kepada arus ulang alik (DC to AC) bagi menggerakkan motor elektrik dengan 127 kuasa kuda dan 260Nm tork dari 500-3000RPM. Sama seperti Honda City hibrid, sistem ini tidak memerlukan transmisi melainkan satu gear tunggal sahaja.

Disebabkan enjin hanya bertindak sebagai pengecaj bateri sahaja, enjin ini ditala dengan kecekapan therma 50% dan sentiasa beroperasi dalam keadaan pemanduan. Bagi pasaran Thailand, laman sesawang Nissan mendedahkan Nissan Kicks e-power boleh dipandu sehingga 900km dengan hanya dibekalkan dengan tangki petrol sebesar 41 liter. Ia bersamaan dengan 21.95km bagi setiap liter petrol
Dari segi penampilan luaran, Nissan Kicks VL iaitu model termahal akan dikenakan dengan 2 tona warna, jeriji besar V-motion, lampu LED dengan DRL, lampu kabus LED, rim bersaiz 17 inci, dan juga rel bumbung. Bahagian dalam pula dberikan kemasan oren/hitam, paparan meter digital, brek parkir elektrik dengan ciri Auto-Hold, skrin sesentuh 8 inci dengan ciri Apple Car Play, serta kemasan kulit bagi kusyen

Dalam aspek keselamatan, varian VL lengkap dengan semua ciri keselamatan seperti 6 beg udara, Vehicle Dynamic Control, Intelligent Cruise Control, sistem amaran pra-perlanggaran, brek pra-perlanggaran, sistem amaran titik buta dengan amaran lintasan belakang, Driver Attention Alert, kamera 360 darjah dengan ciri mengesan pergerakan objek dan Hill Start Assist.
Dari segi harga, varian termurah ditawarkan pada harga RM 113,00 manakala varian VL termahal ditawarkan pada harga RM 133,000. Tapi kena ingat disebabkan struktur cukai berbeza, maka harga yang akan ditawarkan nanti mungkin berubah untuk pasaran kita. Ini akan meletakkan Nissan Kicks bersaing dengan Toyota Corolla Cross, mungkin juga Honda HRV, Proton X50/X70, Mazda CX-3, Hyundai Kona/Tucson, dan juga Peugoet 2008 baru









