Artikel PilihanBuletin

GANDINGAN MANTAP TOYOTA AE86 BERSAMA 86 DAN GR86 UNTUK IKLAN – OHSEM (VIDEO)

Iklan Toyota terbaru untuk pasaran Jepun memang gempak habis. Untuk memasarkan GR86 baharu, mereka menggandingkan model tersebut dengan 86 terdahulu dan model otai bersejarah, AE86 Sprinter Trueno (rasa hantuk kepala sebab tak beli masa harga sekitar 50k dulu).

Trio 86 ini dilihat sedang melakukan aksi popular mereka, tandem drift di sekitar litar berselekoh yang sempit. Aksi seperti ini mungkin dah biasa kita tengok dengan model-model 86 tapi penggunaan kamera ataupun dron kali ni memang gempak habis.

Kamera dron yang digunakan sentiasa merakamkan aksi dari jarak dekat dari kiri, kanan, atas, bawah dan kemudiannya bergerak masuk melalui tingkap pemandu sebelum keluar dari tingkap penumpang. Gila ni tuan-tuan, kalau pemandu hidung mancung macam kami mesti dah senget hidung kena kipas dron.

Tiada sebarang penceritaan dalam iklan ini kecuali bunyi enjin dan tayar terseret. 30 saat padat dengan keseronokan dan boleh menyebabkan air liur anda meleleh macam air mata penyu belimbing.

Sesuai la iklan macam ni dengan model GR86 ni. Memang ada yang guna untuk drift pun kan? Tak payah la buat iklan melompat ala Duke of Hazzard sebab memang tak ada manusia sebenar akan beli kereta untuk melompat macam tu.

Tak puas hati tengok selama 30 saat tak apa sebab Toyota keluarkan lagi video di sebalik tabir yang lebih panjang. Layan lagi sambil tunggu waktu imsak.

Iklan ini dirakam di litar pendek Fuji Speedway dan video pembikinan pun sama menarik dengan hasil sebenar. Ini baru iklan yang kita mahu tengok sebagai peminat kereta dan bukannya iklan ntah apa-apa yang kadang-kadang cuma nak tayang muka artis baru nak up. Tahniah Toyota, anda bukan lagi pengeluar kereta orang tua macam yang kami sangkakan sewaktu di sekolah rendah dahulu.

Google ads
Back to top button