Artikel Pilihan

GR86 BAHARU KEMUNGKINAN GUNA ENJIN GR YARIS – SELAMAT TINGGAL SUBARU

Generasi kedua Toyota GR86 baru sahaja berada dalam pasaran selama tiga tahun tapi Toyota dikatakan sedang giat membangunkan penggantinya. Ia dikatakan bakal diperkenalkan kepada umum dalam masa beberapa tahun akan datang. Kali ini ia akan jadi lebih berkuasa dengan berkongsi lebih banyak persamaan dengan adik beradik GR yang lain.

GR86 memang sering dipuji kerana mempunyai pemanduan yang dinamik tapi pada masa yang sama naik taraf kuasa dan teknologi juga sangat penting. Macam mana nak berlawan dengan pesaing yang lebih berkuasa. Ingat semua perlumbaan berlangsung di jalan turun bukit ke?

Khabar angin mungkin perkara biasa dalam dunia automotif tapi kali ini dengarnya GR86 baharu tidak lagi akan enjin NA 2.4 liter. Sebaliknya ia akan digantikan dengan enjin tiga selinder turbo 1.6 liter yang sama dengan GR Yaris dan GR Corolla. Nah, ini baru betul.

Buat masa sekarang, GR86 mempunyai kuasa maksima 228 hp berbanding GR Yaris dan GR Corolla yang mempunyai 300 hp kuasa maksima. Memang rasa rendah diri la kalau dibandingkan dengan dua buah model lain tu.

Kan ke tak logik bila kereta sports paling lejen keluaran Toyota ketinggalan jauh dari segi kuasa kepada model – model lain. Enjin berkuasa turbo memang satu pilihan yang tepat.

Menariknya Best Car turut melaporkan yang Toyota juga akan menambah sistem hibrid kepada GR86 baharu. Sistem hibrid yang dimasukkan kemungkinan besar serupa dengan yang dipasang pada Toyota 250 Series Land Cruiser Prade. Sudah tentu kuasanya akan mencecah 300 hp dan mungkin juga lebih lagi.

Satu laporan November tahun lepas turut melapor yang casis lama GR86 yang dikongsi dengan Subaru tidak lagi akan digunakan. Mereka sebaliknya mahu gunakan chasis yang lebih pendek sama seperti Lexus IS.

Kombinasi enjin turbo, sistem hibrid dan platform baharu bakal membuatkan kehadirannya lebih dirasai.

Google ads
Back to top button