" "
Artikel Pilihan

TOYOTA GR86 2024 TAWARKAN VERSI TRUENO EDITION DAN PAKEJ PERFORMANCE – WAJIB BELI

Toyota dah keluarkan berbagai varian dan edisi khas model 86 mereka dan kemuncaknya ialah GR86 2024. Kenapa? Sebab kali ni mereka tawarkan Trueno Edition sebagai flashback zaman kehebatan AE86 Sprinter Trueno 80an. Ia didatangkan dengan warna dua tona, lencana khas dan beberapa naik taraf bahagian dalaman.

Kalau itu masih belum mencukupi, korang pilih pakej Performance khusus untuk GR86 dengan beberapa sentuhan dan naik taraf terbaru. Janji sediakan duit secukupnya je.

Trueno Edition boleh didapati dengan warna putih ataupun merah. Model standard semestinya manual tapi kalau nak gear auto pun boleh. Tapi serius cakap la, lemah betul kereta sport pakai pakai gear auto.

Lencana Trueno diletakkan pada bahagian hadapan dan belakang selain nombor siri edisi terhad pada bahagian papan pemuka. Bahagian dalaman berwarna hitam dengan sulaman benag merah dan lencana Trueno pada tombol gear dan pelapik kaki.

Pakej Performance adalah standard pada Trueno Edition tapi turut ditawarkan sebagai pilihan untuk GR86 2024. Antara tambahan dalam pakej ini ialah penyerap hentak Sachs dan sistem brek Brembo termasuk rotor yang lebih besar.

Menariknya ia juga boleh dipasang pada GR86 2022 dan 2023 kalau pemiliknya berminat. Tapi kena pakai rim bersaiz 18 sekurang-kurangnya sebab rotornya lebih besar dari varian standard.

GR86 manual kini turut dilengkapkan dengan sistem driver assist yang sebelum ini hanya ada pada model automatik. Ini bermakna ia turut mempunyai adaptive cruise control, lane-departure warning, brek kecemasan automatik dan beberapa ciri lain lagi.

Harga? Belum lagi diumumkan tapi yang pasti ia tidak semahal supercar eksotik apatah lagi hypercar. Beli simpan dan harap-harap 30 tahun lagi harganya akan mengikut jejak langkah AE86.

Google ads
Back to top button