Artikel Pilihan

PEMILIK FERRARI INI KOMPLEN, CALIFORNIA MILIKNYA SELALU BUAT MASALAH

Seorang pemilik Ferrari California yang hanya dikenali dengan nama EthanFromLondon telah menghasilkan satu video berkenaan dengan pengalaman pemilikan Ferrari miliknya. Namun berbeza dengan pemilik Ferrari yang lain, Ethan nampaknya tidak gembira dengan California yang dibeli dan menyenaraikan beberapa masalah sepanjang dia memiliki supercar tersebut

California ini dibeli secara terpakai daripada pengedar sah Ferrari di London dengan jarak perbatuan 1500 batu, berusia hanya setahun setengah dan masih lagi dalam jaminan rasmi Ferrari selama 5 tahun. Ethan mendedahkan pemilik baru sebelum ini membeli California ini pada harga sekita RM 1.06 juta

Walaupun enggan mendedahkan berapa harga yang dibayar olehnya, tapi Ethan mengaku dia membayar harga yang tinggi disebabkan pemilik lama telah memasukkan pelbagai tawaran dan ciri tambahan pada California ini.

Akibat terlalu kecewa dengan pelbagai isu yang remeh temeh dan mengganggu kegembiraan pemanduan, Ethan akhirnya menjual California ini dan menanggung kerugian sebanyak RM 168,000 pada perbatuan 8000 batu

Pada pendapat Ethan, sebuah supercar adalah “toy” yang sepatutnya membawa kegembiraan, bukannya pening kepala. Antara masalah yang dihadapi oleh Ethan termasuklah:

1. Masalah steering bergegar apabila kelajuan kereta dipandu melebihi 120km/jam yang menyebabkan perjalanan Ethan dari London ke Switzerland menjadi kurang seronok. Ethan menghabiskan RM 16,749 untuk menukar 2 set tayar dan melakukan sehingga 6 kali imbangan semula. Akhirnya masalah ini tidak selesai juga

2. Stering sepatutnya akan diturunkan secara automatik pada kedudukan yang telah ditetapkan pada memori dan kusyen sepatutnya ditolak semula ke depan setiap kali kereta dihidupkan. Namun ciri ini telah rosak menyebabkan Ethan mengatakan ia seperti memandu traktor. Masalah ini selesai dengan pengedar Ferrari mencabut bateri kereta bagi tujuan reset

3. Kusyen penumpang depan yang dipasang dengan motor elektrik tidak lagi bergerak ke depan apabila penyandar ditolak ke depan bagi memberi laluan pada penumpang belakang. California ada 2 kusyen +2 di belakang bagi memuatkan penumpang jika perlu.

Ethan mendakwa pengedar sah Ferrari tidak memberi jaminan kepada masalah ini dan kos pembaikan perlu ditanggung olehnya. Nasib baik ada pengedar lain sudi menyelesaikan masalah ini.

4. Bahagian dalaman walaupun menggunakan kulit dan Alcantara, Ethan mendakwa ia tidak menghasilkan efek yang mewah apabila disentuh terutama jika dibandingkan dengan Aston Martin yang pernah dipandu olehnya.

5. Ethan juga memberikan komen terutama dari aspek pemanduan, bahagian depan kereta tidak memiliki ketegaran cesi yang bagus berbanding belakang. Jika melalui jalan tidak rata, bahagian depan seperti terasa “longgar” manakala bahagian belakang rasa lebih solid.

6. Wheaterstrip atau getah di bahagian cermin mestilah sentiasa disembur dengan pelembap, gris getah dan tidak boleh dibiarkan kering. Jika tidak ia cermin dan wheaterstrip akan bergesel dan menghasilkan bunyi menyakitkan telinga apabila melalui jalan tidak rata.

7. Seat belt buckle yang dihasilkan dari plastik dengan proses injection moulding akan menjadi rapuh dan berhabuk. Habuk ini akan mengotori kusyen di bahagian belakang.

Tapi apa yang bagus ketika video ini dibuat Ethan masih lagi tenang dan tidak mencarut atau memaki hamun. Tapi dari raut wajahnya kami pasti dia sangat kecewa dengan California walaupun dia memuji layanan daripada staff dan pengedar Ferrari di London adalah bagus dan mesra.

Pada masa yang sama Ethan mengatakan adalah tidak normal untuk kita menerima apa sahaja keburukan sesuatu produk disebabkan ia adalah jenama mahal. Ethan turut berpendapat budaya menerima apa sahaja kecacatan produk dengan alasan “It’s a Ferrari” patut dihentikan dan sebagai pengguna kita patut menerima produk yang lebih baik dan setimpal dengan nilai yang dibayar

Google ads
Back to top button