GO BY CITY ENERGY TAWAR STESEN PENGECASAN MUDAH DI SINGAPURA DAN MALAYSIA
City Energy, pembekal utama gas berpaip ke kawasan bandar Singapura, baru-baru ini mengumumkan pelancaran rasmi Go by City Energy (Go). Go merupakan perkhidmatan mengecas kenderaan elektrik (EV) di bawah anak syarikat barunya, City Energy Pte. Ltd.
Go akan menjadi syarikat pertama yang menawarkan perkhidmatan mengecas EV yang lancar di seluruh Singapura dan Malaysia dengan hanya menggunakan satu perisian (app)sahaja. City Energy mula mengumumkan rancangan untuk menawarkan perkhidmatan mengecas EV dengan penukara nnama dari nama asalnya, City Gas pada 1 Disember 2021.
Di bawah jenama baharu Go, pembekal perkhidmatan EV itu akan membiaya, mengendali dan menyelenggara rangkaian stesen mengecas EV yang disokong oleh perisian mobil Go. Usaha itu diperkukuhkan lagi dengan kerjasama strategik bersama EV Connection Sdn. Bhd. (EV Connection) untuk mengembangkan rangkaian pengecas EV ke Malaysia.
Justeru, Go telah menandatangani perjanjian bersama EV Connection untuk melanjutkan rangkaian mereka ke Malaysia.
“Go akan menjadi perkhidmatan pertama di Singapura yang mempunyai rangkaian pengecas EV di Malaysia. Sekali gus dapat menawarkan kemudahan kepada pemandu yang ingin memandu sepanjang tambak dan Lebuhraya Utara Selatan.
“Kami yakin pengguna EV dan pemaju hartanah akan memanfaatkan peluang yang kami tawarkan ke arah kehidupan yang lebih hijau dan pintar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif City Energy, Perry Ong.
EV Connection merupakan salah satu peneraju perkhidmatan mengecas EV dan pengedar stesen mengecas bertauliah yang berdaftar denganSuruhanjaya Tenaga, CIDB, Tenaga Nasional Berhadd an MyHijau. EV Connection juga pemasang pengecas EV bertauliah TÜV SÜD dan bekerjasama dengan pelbagai jenama automotif.
Menerusi kerjasama ini, pemandu Go dapat menggunakan rangkaian pengecas EV Connection di Malaysia bermula 19 April 2022.
“EV Connection akan terus berusaha untuk memberikan penyelesaian yang praktikal untuk menerajui industri tenaga hijau di Malaysia.
“Kerjasama strategik denganGoby City Energy membolehkan pengguna EV dari Singapura dan Malaysia untuk meningkatkan jarak perjalanan mereka merentasi kedua-dua negara dengan kesinambungan yang maksimum dan mudah,” kata Pengasas EV Connection dan Pengarah Urusan JomCharge, Lee Yuen How.
Bukan itu sahaja, stesen mengecas EV yang pertama akan beroperasi di Parc Botannia bermula hari ini. Dengan kedua-dua pengecas AC standard dan pengecas DC yang lebih pantas, tempat mengecas Go turut tersedia untuk penduduk di sebelas lagi kondominium.
Antaranya ialah Olloidi Marine Parade (Mei 2022), Jadescape di Marymount (Julai 2022), Parc Komodi Changi (Q1 2023), Van Holland di Holland Village (April 2023), Kopar at Newton di Newton (Januari 2024), The M Condo di Bugis (Q1 2024), Forett at Bukit Timah di Bukit Timah (Oktober 2024), North Gaia di Yishun (Januari 2025), The Arden di Bukit Batok (Januari 2026), A Treasure Trove di Punggol dan North Park Residences di Yishun.