Buletin

TOYOTA GR86 BAKAL TERIMA ENJIN SILINDER SEBARIS 1.4 LITER?

Laporan baru-baru ini menyatakan bahawa Toyota berkemungkinan besar menggunakan nadi tiga silinder sebaris 1.4 liter, sama seperti GR Corolla atau GR Yaris, bagi model Toyota GR86.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa versi laporan yang seakan bertentangan antara satu sama lain. Menurut laporan media Jepun, kerjasama bersama Subaru dihentikan kerana jurutera Tetsuya Tada telah pun bersara pada 2021.

Tambahnya lagi, ketiadaan Tetsuya Tada menyebabkan projek kerjasama tersebut menemui jalan sukar.  

Seperti pertama kali dilaporkan oleh Mag-X, GR86 seterusnya akan dikuasakan enjin 1.4 liter GR Corolla 1.6, tetapi ia ditambah dengan bantuan hibrid. Toyota sudahpun menggunakan GR86 1.4 liter dalam perlumbaan Super Taikyu di Jepun, di mana ia dijana oleh bahan api sintetik.

Selain itu, laporan itu juga menyebut GR86 bakal menjadi serba baharu kerana casis terkini tidak dapat disesuaikan dengan spesifikasi sedia ada.

Ia juga mengatakan walaupun Subaru tidak akan terlibat dalam kerja kejuruteraan, ia mungkin masih membina kereta itu bagi pihak Toyota.

Sementara, sebuah lagi media, Best Car, menceritakan kisah yang berbeza, mendakwa Toyota GR86 bakal didedahkan pada 2025, menerima enjin tiga silinder GR Yaris 1.6 liter turbo, menghasilkan sehingga 300hp.

Apa pun versi laporan dikeluarkan, mungkin kita boleh menjangkakan perkhabaran sebenar dalam masa terdekat?

Google ads
Back to top button