Buletin

GARA-GARA POTONG BASIKAL KETIKA MEMBELOK, PENUNGGANG NEKAD LOMPAT ATAS BONET KERETA

Kecoh di media sosial apabila seorang penunggang basikal dan pemandu kereta bergaduh di tepi sebatang jalan di East Coast Road, Katong, Singapura.

Lebih teruk lagi, penunggang basikal, wanita, melompat ke atas bonet kereta Suzuki Swift yang sedang bergerak.

Menerusi rakaman video, penunggang basikal dilihat bercakap dengan kuat menggunakan telefon bimbit sambil membuat isyarat ke arah pemandu kereta.

Keterangan pada video itu menyebut penunggang basikal menjerit sambil berpaut pada bonet kereta.

“Pemandu membelok keretanya di tempat menurunkan penumpang di sebuah pusat beli-belah dan drama itu berakhir dari sudut pandangan saya,” kata keterangan pada video berkenaan.

Menurut seorang pengguna media sosial berada di lokasi kejadian, penunggang basikal memarahi pemandu kereta kerana memotong basikalnya semasa hendak membelok.

Namun, terdapat juga pengguna menyalahkan penunggang basikal itu dengan menyifatkan dia bertindak secara agresif.

“Penunggang basikal begitu agresif. Alangkah bagus kalau pemandu kereta menekan brek kecemasan,” komen netizen.

Dalam perkembangan terkini, polis mengesahkan telah menahan kedua-dua wanita berkenaan yang masing-masing berusia 31 dan 49 tahun. – Kosmo!

Google ads
"
"
Back to top button