Artikel Pilihan

PEMANDU LANGGAR PEJALAN KAKI DAN ANJING SELEPAS PERGADUHAN – APA NAK JADI DUNIA SEKARANG

Kisah berlaku di South Beach, Florida di mana seorang pemandu Corvette dengan sengaja melanggar seorang pejalan kaki yang sedang membawa anjing berjalan-jalan selepas pertengkaran kerana langgar lampu isyarat merah.

Menurut laporan News Miami Fox, seorang saksi yang tidak dikenali memberitahu pemandu Corvette dikenali sebagai Keanen Roberts 29 tahun dan bekerja sebagai jururawat telah melanggar lampu isyarat merah.

Pejalan kaki terbabit yang berada berdekatan dengan anjingnya merasa marah dan telah menendang Corvette milik Roberts namun tiada kerosakan berlaku. Roberts memberhentikan kereta beliau dan berlaku pergaduhan antara keduanya. Anjing pejalan kaki pun turut sama untuk membantu tuannya.

Saksi mengatakan yang Roberts keluar dari kereta, mengugut pejalan kaki dan kemudian menumbuknya beberapa kali sebelum menghentak dengan lutut beliau. Anjing pejalan kaki cuba menyerang Roberts tetapi berjaya dielak.

Tidak cukup dengan adegan tersebut, Roberts kembali ke kereta beliau , membuat pusingan-U dan kemudiannya memecut di atas siar kaki dan cuba melanggar lelaki tadi. Aksi gila Roberts memang bertujuan untuk melanggar dan sekaligus cuba membunuh mangsa menurut saksi terbabit.

Syukurlah mangsa tidak terbunuh tapi mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan dimasukkan ke hospital. Anjing tu selamat, mungkin terkejut je kot tengok aksi pemandu gila. Baru dia tahu manusia gila ni lagi bahaya dari penyakit anjing gila.

Roberts yang baran tak bertempat memang malang la sebab terdapat seorang lagi saksi yang merupakan seorang sarjan polis yang tidak bertugas. Sebelum Roberts sempat melarikan diri, sarjan tersebut terus bertindak meminta bantuan dari rakan-rakannya. Roberts berjaya ditahan dan dikenakan beberapa pertuduhan. Elok-elok kerja misi dan masuk lokap.

Inilah contoh keganasan jalan raya yang kian meningkat saban. Ingatkan kat negara kita tapi kat sana lagi ganas rupanya. Langgar lampu merah ni rupanya dah jadi masalah global dan bukan hanya melibatkan mat-mat motor di Malaysia.

Perbuatan mangsa menendang kereta Roberts juga mungkin tidak berapa bijak walaupun dia berhak merasa marah. Seeloknya ambil gambar dan laporkan sahaja kepada pihak berkuasa. Kecuali kalau korang badan ketak-ketak tinggi lampai macam The Rock ataupun abang Beras.

Google ads
Back to top button