
SMART #3 RASMI DILANCARKAN DI CHINA, 4 VARIAN, HARGA BERMULA RM136K
Smart #3 secara rasminya dilancarkan pada 1 Jun lalu di China dengan harga sekitar AS$29,700 – AS$41,100 (RM136,679 – RM189,142).
Model SUV coupe hasil usaha sama antara Geely dan Mercedes-Benz ini menawarkan empat pilihan varian iaitu Pro+, Pulse AWD, Premium serta Brabus Performance. Edisi Brabus hanya terhad kepada 1,999 unit.
Smart #3 mempunyai dimensi 4400mm (panjang), 1844mm (tinggi), 1556mm (lebar) dan jarak roda diletakkan pada 2785mm.

Di bahagian dalam, ia didatangkan bersama skrin kawalan tengah 12.8-inci. Perincian lain termasuklah menampilkan sistem ADAS yang dipanggil Smart Pilot Assist dengan keupayaan memandu sendiri L2+.
Untuk rekod, Smart #3 menyediakan sembilan pilihan warna bada serta 15 warna kombinasi.
Model asas Pro+ mempunyai motor hadapan tunggal dengan kuasa 268hp dan bateri 66kWj, sesuai untuk jarak gerak CLTC 555km.
Model Pulse 4AWD adalah tawaran terbaik, berupaya menghasilkan 422hp, tork puncak 543Nm dan julat CLTC 520km.
Varian ini dilengkapi dwi motor, hadapan dengan 200kW dan belakang dengan tambahan 115kW.
Sementara varian Premium pula model pacuan roda hadapan dengan motor 200kW serta berkemampuan untuk dipandu sejauh 580km.
Bagi varian Brabus edisi terhad, ia menampilkan dwi motor yang sama seperti Pulse, menghamburkan kuasa 422hp, tampil dengan reka bentuk sporty serta tayar mewah.
Ia boleh memecut 0-100km dalam 3.6 saat, dan juga, ia boleh membuat pecutan garis lurus 0 – 400m dalam 11.97 saat, menurut Smart.
Semua varian dilengkapi dengan bateri 66kWj yang dibekalkan oleh CALB dan Sunwoda. Aerodinamik Smart #3 kelihatan sangat baik di atas kertas, menunjukkan pekali seretan 0.27 Cd.
Penghantaran Smart #3 akan bermula pada Jun di China dan Smart turut mengesahkan bahawa EV berkenaan bakal dilancarkan di Eropah pada 2024.
GALERI:






- BACA: GAMBAR INTIP: SMART #1 VERSI BRABUS SEDANG DIUJI. BAKAL TIBA DI PASARAN MALAYSIA TAK LAMA LAGI?
- BACA: REBIU RINGKAS SMART #1: MAMPUKAH TARIK MINAT PEMBELI EV MEWAH DI MALAYSIA?
- BACA: PROTON SASAR JUALAN SMART #1 800-1000 UNIT SETAHUN
- BACA: SMART #1 VERSI SPORTI MUNCUL, MUNGKIN DAPAT TALAAN BRABUS