
PEUGEOT 3008 DIDATANGKAN BERSAMA SKRIN 21-INCI, I-COCKPIT – TAMPIL LEBIH FUTURISTIK
Peugeot baru-baru ini mendedahkan rekaan susun atur papan pemuka i-cockpit model elektrik serba baharunya, Peugeot 3008, tampil lebih moden dan futuristik.
Ia tampil dengan skrin panoramik melengkung bersaiz 21-inci berdefinisi tinggi dan digabungkan bersama skrin kluster digital serta skrin infotainmen.
Di bahagian kanan, terdapat panel sensitif terletak di bawah corong pendingin hawa yang membolehkan akses kepada infotainment, tetapan dan kawalan iklim.

Selain itu, pemilik juga boleh menetapkan akses 10 fungsi merangkumi stesen radio, tetapan suhu dan sebagainya.
Konsol tengah pula tampil ringkas dengan beberapa butang fungsi sahaja disertakan, manakala tombol gear dialihkan pada bahagian papan pemuka.
Selebihnya papan pemuka kelihatan seperti evolusi tema semasa termasuk dilengkapi pencahayaan ambien 8 warna di atas “trim aluminium tulen” dan fabrik berkualiti tinggi mencipta rupa premium untuk 3008 baharu.
Peugeot bagaimanapun tidak mendedahkan rupa bahagian luar model itu tetapi Peugeot menyifatkan 3008 adalah ‘SUV fastback elektrik’ yang menyerlahkan rangkaian kuasa pelepasan sifar serta siluet aerodinamik.
SUV kompak itu dijangka dibina berdasarkan seni bina STLA Medium baharu bagi menggantikan platform EMP2.
Untuk rekod, model ini akan tersedia dengan tiga pilihan rangkaian kuasa elektrik dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 700km.





- BACA: PEUGEOT KEKAL PILIHAN NO.1 RAKYAT PERANCIS
- BACA: PEUGEOT 2008 SE 2023. GRAFIK BADAN UNIK, RIM HITAM BERKILAT, PAKEJ AKSESORI RM2.9K SAHAJA
- BACA: TRAK PIKAP PEUGEOT LANDTREK TIBA DI MALAYSIA – 1.9L TURBO DIESEL, 150HP, BERMULA RM120K
- BACA: PEUGEOT 208, DACIA SANDERO KERETA PALING LARIS DI EROPAH – JATO DYNAMICS