Buletin

NETIZEN SELAR TINDAKAN MAT SALEH – BERGADUH DI TENGAH JALAN, ISU TAK NAK MENGALAH

Sejak beberapa hari ini, kita dihangatkan dengan isu tempat letak kereta, pergaduhan antara pemilik kereta yang tular di media sosial.

Belum selesai dengan isu sedia ada, baru-baru ini kita dihidangkan pula dengan satu lagi video tular di laman Twitter yang melibatkan sepasang suami isteri dan ‘mat saleh’.

Menerusi perkongsian @AsyrafRosli_ di Twitter, video berdurasi satu minit itu memaparkan ‘mat saleh’ menaiki Proton X70 meminta pasangan suami isteri terbabit mengalihkan kereta mereka.

Keadaan menjadi lebih tegang berlaku apabila lelaki itu menolak si suami, sebelum diredakan oleh isterinya supaya untuk bertenang dan kembali ke dalam kereta.

Tindakan tersebut menyebabkan netizen marah, dengan ramai daripada mereka menggelar tindakan ini sebagai “ketuanan putih”.

“Kalau dia dah gunakan tangan boleh buat laporan polis sebab ada video di mana kita hanya bercakap dan dia yang guna kekerasan,” tulis seorang pengguna Twitter di ruangan komen.

Beberapa komen juga telah memetik akaun rasmi Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan undang-undang.

“@PDRMsia @PDRMsia_Trafik macam mana ni PDRM nak ambil tindakan ke tak? nombor plate ada video pun ada,”

Komen lain, “eloklah @PDRMsia cepat siasat dan kutip mat salleh ni, bimbang meletup jadi isu, ramai pi cari dia, nanti lain jadinya.” – The Rakyat Post

Google ads
Back to top button