Artikel Pilihan

PENONTON SENGAL BERGADUH DI LALUAN WRC – NASIB BAIK TAK KENA LANGGAR

Kenapa kami panggil sengal? Sebab orang waras tak akan bergaduh apatah lagi berdiri di tengah litar perlumbaan WRC kecuali memang nak bunuh diri. Tapi itulah insiden yang berlaku di Rali Croatia Ahad lepas selepas sekumpulan penonton bergaduh di atas laluan utama semasa perlumbaan sedang berlangsung.

Kadang-kadang memang tak tercapai akal macam mana cuai sesetengah daripada kita tanpa mengira aspek keselamatan diri. Punyalah banyak tempat boleh bergaduh dalam perlumbaan rali juga dia pilih. Pergaduhan dari tepi laluan kemudian berpindah ke tengah laluan sebelum beberapa lagi individu turut campur tangan untuk meleraikannya termasuklah petugas perlumbaan dan penonton lain.

Tak pasal-pasal pihak petugas dan marsyal terpaksa menanggung risiko untuk mengelak kemalangan yang mungkin menjadi kemalangan maut. Serius gila la aksi diorang ni.

Bayangkan hanya sepuluh saat selepas mereka keluar dari laluan sebuah jentera rali Toyota GR Yaris meluncur dengan kelajuan penuh di lokasi pergaduhan. Lelaki terakhir keluar dari laluan ialah petugas keselamatan yang dibantu oleh seorang lagi rakan beliau.

Jentera perlumbaan WRC moden ni memang sangat laju tuan-tuan. Pemandunya memang mempunyai jarak penglihatan yang sangat terhad dan bergantung sepenuhnye kepada jurumudi ataupun co-driver. Diorang memang tahu tentang halangan-halangan kekal di dalam laluan tapi kalau manusia bangang tiba-tiba bergaduh di situ memang sesuatu di luar jangkaan la.

Insiden di Croatia ini mungkin bertukar kepada kemalangan yang paling dahsyat dalam sejarah rali moden jika berlaku sepuluh saat lebih awal. Bukan itu sahaja, Rally Croatia tahun ini juga menyaksikan kemalangan maut yang melibatkan pemandu Ireland Craig Breen selepas terbabas dalam acara pra-rali.

Ingatlah wahai bangsa Mekanika, “Motorsport is Dangerous”.

Kredit carscoops.com

Google ads
Back to top button