Buletin

GST – HARGA TOYOTA & LEXUS TURUN SEHINGGA 2%

Sejak pengumuman Cukai Barangan dan perkhidmatan (GST) bakal dilaksanakan, orang ramai tidak henti-henti membuat spekulasi bahawa ia akan memberi impak ke atas harga jualan kereta.

GST-Lexus-Toyota-Mekanika (2)

Persepsi paling biasa adalah secara teorinya, harga kereta patut turun. Ini kerana cukai jualan 10 sepuluh akan digantikan dengan GST sebanyak 6 peratus. Jadi, apakah ini yang benar-benar berlaku dan memberi kelebihan kepada pengguna?

Respons terhadap perkara tersebut, UMW Toyota Motor hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan bagi mengelakkan berlakunya sebarang salah faham.

UMWT GST Infographic (1)

“Model-model Toyota dan Lexus akan menyaksikan penurunan harga sehingga RM4,000 atau sebanyak dua peratus. UMW Toyota Motor akan menyalurkan 100 peratus kos penjimatan kepada pelanggan yang membeli model Toyota dan Lexus semasa pelaksanaan struktur cukai baharu,” jelas Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Di bawah GST, wujud banyak implikasi berbeza ke atas aspek perniagaan. Ini termasuklah pengiraan cukai, pungutan, pemulangan, penyatuan dan  penyediaan kos, berbanding sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum ini.

GST-Lexus-Toyota-Mekanika (1)

Ismet menegaskan bahawa pihaknya akan bersikap telus dalam transaksi perniagaannya. Di samping mematuhi sepenuhnya Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2014.

Ismet juga mengalakkan orang ramai supaya menikmati pengurangan harga baharu semua kenderaan Toyota dan Lexus. Selain mengambil peluang daripada promosi dan tawaran hebat yang akan UMW Toyota Motor berikan sepanjang tahun.

GST-Lexus-Toyota-Mekanika (4)

Untuk maklumat lanjut mengenai perubahan harga baharu bagi kenderaan Toyota dan Lexus, sila lawati www.toyota.com.my, www.lexus.com.my, www.lexus.com.my/GST-info dan www.toyota.com.my/highlights/about-gst untuk infografik serta video.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button