Buletin

HANYA ADA SATU DI DUNIA – LAFERRARI APERTA EDISI PALING ISTIMEWA DILELONG UNTUK KEBAJIKAN

Ferrari menyambut ulangtahunnya yang ke 70 tahun ini. Sempena detik penuh bermakna ini, mereka telah mengumumkan akan melelong LaFerrari Aperta bagi mendapatkan sumbangan untuk badan kebajikan “Save the Children”.

Tidak perlu diperkenalkan kali, LaFerrari Aperta merupakan model Ferrari moden paling eksotik dalam sejarah syarikat supercar Itali itu. Kereta ini dibina sempena ulangtahun ke 70 penubuhan syarikat dengan versi LaFerrari asal tetapi tanpa bumbung. Ia kereta prestasi yang cuma ada 209 unit sahaja di dunia.

BACA: SAMAN FERRARI KERANA TAK DAPAT BELI APERTA

Lelongan ini akan diadakan pada hujung minggu ini, 9 September sempena acara “Leggenda e Passione” dan ia dikendalikan oleh firma lelongan terkenal RM Sotheby. Program ini diadakan di litar Fiorano milik Ferrari dan dijangka menjadi lelongan paling penting dalam sejarah syarikat tersebut.

Untuk menjadikannya lebih istimewa, Ferrari memberikan sedikit sentuhan berbeza dengan warna asal merah Rosso Fuoco digandingkan bersama garisan perlumbaan Bianco Italia pada bahagian bonet depan dan belakang.

Bahagian dalamannya disalut dengan Alcantara hitam bersama kemasan gentian karbon berkilat dan kulit yang dilekapkan menerusi benang merah.

Hasil jualan ini akan didermakan kepada badan kebajikan Save the Children bagi program penddikan.

Pembida juga dipilih dan dijemput atas jemputan khas sahaja.

————–

Patutlah Pak Amid dari semalam duduk depan komputer tunggu email kalau-kalau dijemput

 

Tags
Google ads
Back to top button