Buletin

UBER MALAYSIA LANCAR UBERFLASH & UBERTAXI – LEBIH FLEKSIBEL, LEBIH EFISYEN

Semalam, Uber melancarkan kerjasama dengan Quick Ride bersama Proton dan semalam dalam satu acara berbeza, mereka telah melancarkan kelas baru iaitu UberFLASH and UberTAXI yang akan beroperasi di Lembah Klang.

Konsep perkongsian perjalanan yang semakin popular ini kini melengkapi struktur perniagaan Uber. UberFLASH and UberTAXI merupakan opsyen terbaru kepada penumpang demi menjadikan perkhidmatan Uber lebih efisyen.

BACA: RM45 SEHARI SEWA PROTON UNTUK UBER

Dalam aplikasi Uber hari ini, anda boleh pilih untuk menggunakan UberX (paling murah), UberTaxi (teksi), UberXL (6 penumpang), Uber Black (kereta mewah) dan Uberflash (pilihan Uber X dan Teksi).

UberFLASH

UberFLASH adalah opsyen yang lebih efisyen di mana ia “mencari” pemandu terdekat dengan lokasi anda samada UberX atau UberTAXI. Ia kini diletakkan sebagai opsyen pertama dalam aplikasi ride hiling ini.

Pilihan ini sesuai untuk mereka yang mementingkan masa. Menerusi opsyen ini, sistem Uber akan menghubungi pemandu terdekat dan ia meluaskan carian bagi kereta biasa (UberX) dan juga teksi yang berada berdekatan.

Caj yang dikenakan adalah berdasarkan standard bayaran bagi UberX (samada ia teksi atau UberX)

Di Bangkok, kami pernah menggunakan aplikasi ini dan ternyata sangat efisyen dengan purata masa menunggu sekitar 2-5 minit sahaja.

UberTAXI

Jika anda pernah menggunakan Myteksi, (yang kemudiannya bergabung dengan GRAB menjadi Grabtaxi), ia adalah contoh terdekat. UberTAXI merupakan perkhidmatan teksi tempatan dengan pilihan yang diberikan pada aplikasi Uber.

UberTAXI akan mengenakan caj sebagaimana yang ditetapkan oleh SPAD. Namun jika pemandu teksi memilih untuk menggunakan UberFLASH, mereka akan menerima bayaran sama dengan caj bagi UberX.

Sama seperti mana-mana sistem Uber, UberTAXI juga tertakluk kepada skema bayaran di mana penumpang akan dapat melihat kos bayaran sewaktu memesan.

Warren Tseng, Pengarah Urusan Uber Malaysia dan Singapura berkata, “UberFLASH dan UberTAXI meluaskan pilihan kepada pemandu dan juga penumpang. Kami sentiasa membuka peluang kepada pemandu dan penumpang demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengurangkan masa menunggu. Kami juga menyokong usaha SPAD (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat) untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Turut bersama dalam acara pelancaran semalam ialah Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Bagaimana menggunakan UberFLASH/UberTAXI

  • Buka Uber App
  • Taip lokasi yang hendak dituju dan tempat menunggu
  • Pilih UberFLASH atau UberTAXI
  • “Request your ride” dan tunggu kenderaan terdekat
  • Mulakan perjalanan dengan kos sama uberX dan UberFLASH!
  • ATAU boleh pilih UberTAXI dengan caj yang ditetapkan oleh SPAD
Google ads
Back to top button