Buletin

HARGA GMA T.33 CECAH RM7.7 JUTA. TAPI SEMINGGU DAH HABIS TERJUAL

Tidak sampai seminggu, Gordon Murray Automotive (GMA) mendedahkan T.33, kesemua 100 unit jentera terbabit habis terjual.

Ia merupakan sesuatu di luar jangka apatah lagi jentera ditawarkan pada harga bermula AS$1.85 juta (RM7.7 juta) itu hanya akan memasuki produksi pada tahun 2024.

Gordon Murray berkata pasukan GMA sangat teruja apabila kesemua 100 unit T.33 sudah menemui ‘pemilik’ selepas dilancarkan secara global sejak seminggu lalu.

“Saya sangat berbangga dengan usaha yang dilakukan pasukan dalam melaksanakan prinsip syarikat dalam membangunkan jentera istimewa ini,”katanya.

T.33 dibangunkan untuk memberi gabungan prestasi dan keselesaan dalam penggunaan kenderaan harian.

Jentera dua tempat duduk itu mendapat khidmat enjin Cosworth  3.9 liter V12 dipadankan transmisi manual enam kelajuan.

Ia mampu menjana kuasa mencecah 807 hp dan tork 451 Nm pada 11,100 rpm.

Pemilik T.33 bakal menerima jentera khas dengan perkhidmatan peribadi sepanjang memiliki produk GMA berkenaan. –carscoops

 

Google ads
Back to top button