PEMANDU LORI MENANG CABUTAN BERTUAH. MILIKI MCLAREN 720S SPIDER
Seorang pemandu lori memenangi jentera McLaren 720S Spider bernilai £275,000 (RM1.6 juta) dalam satu kempen cabutan bertuah.
Andrew Olsen, 60 yang berasal dari Caerphilly, Selatan Wales memenangi satu daripada model kereta terpantas di dunia itu menerusi satu kempen cabutan bertuah secara online untuk tujuan kebajikan bagi Hospital Kanak-Kanak Great Osmond (GOSH).
“Saya diberitahu telah memenangi kenderaan ini pada hari lahir ke-60. Saya terdiam dan sejujurnya, ini merupakan hadiah hari lahir terbaik saya.
“Ia amat berbeza dengan lori yang saya pandu. Meskipun saya menyukai kenderaan ini, namun saya mungkin akan menjualnya kerana wang itu mampu mengubah keluarga saya,” katanya.
Dia yang menjadi pemandu lori selama 15 tahun berharap boleh memenangi hadiah utama sebuah rumah agam di Wimbledon bernilai lebih £3.5 juta (RM20.2 juta) melalui cabutan bertuah tersebut iaitu.
“Saya berpendapat syarikat kutipan dana Omaze sangat mengagumkan kerana ia mengumpul wang bagi membantu pusat kebajikan GOSH dalam melakukan apa yang mereka lakukan iaitu membantu kanak-kanak yang sakit tenat,” kata Olsen.
Jentera berkenaan mampu memecut 0 hingga 100km/j dalam tempoh 2.8 saat dengan kelajuan maksimum 341 km/j.
Datuk kepada tiga orang cucu itu kini memiliki jentera sama seperti pelakon Hollywood, Jason Statham dan pemain baseball terkenal Jose Ramirez. – Daily Mail/ TheSun
- BACA: KASTAM FILIPINA LUPUS KERETA SELUDUP BERNILAI RM5 JUTA. ADA MCLAREN 620R, PORSCHE 911, LOTUS ELISE DAN BENTLEY
- BACA: MCLAREN MP-425A LEWIS HAMILTON BAKAL DILELONG. HARGA DIJANGKA RM23.4 JUTA JE
- BACA: McLAREN 765LT BAHARU MILIKI PERBATUAN 160KM, RENTUNG DI STESEN PETROL
- BACA: MCLAREN JUAL HQ DI WOKING ENGLAND PADA HARGA RM969.5 JUTA