Buletin

KEMALANGAN PERTAMA MCLAREN ARTURA DILAPORKAN BERLAKU DI SEPANYOL

Kemalangan melibatkan jentera baharu memberi pengalaman kurang enak kepada para pemandu malah penumpang yang menaiki kenderaan terbabit.

Situasi berkenaan berlaku di negara Sepanyol, apabila McLaren Artura berwarna biru terlibat dalam kemalangan dengan BMW 3 Series E90.

Apa yang menjadi perhatian adalah ia merupakan kali pertama jentera McLaren Artura dilaporkan kemalangan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Dalam gambar dan video yang dimuat naik di laman Instagram supercar.fails, jentera Artura memiliki plat nombor dari negara United Kingdom itu mengalami kerosakan agak teruk pada bahagian hadapan.

Melalui kerosakan supercar buatan Britain tersebut, ia memerlukan bampar, bonet, lampu utama dan kemungkinan fender baharu.

Jentera itu mula didedahkan pada Februari tahun lalu dan mampu menjana kuasa 671 hp dan tork 720 Nm.

Ia berupaya memecut pada kelajuan 0-100 km/j dalam masa 0.3 saat. – carscoops

Google ads
Back to top button