Buletin

MCLAREN TANGGUH PELANCARAN ARTURA, SEBAB KEKURANGAN CIP

McLaren Artura 2022 merupakan model produksi bersiri pertama yang dilengkapi dengan enjin hibrid, terdiri daripada nadi 3.0 liter V6 turbo berkembar dan motor elektrik, dan kuasa keseluruhan 671 hp dan 804 Nm.

Supercar hibrid ini mampu memecut sepantas 3.0 saat dari pegun ke 100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 329 km/j.

Pelancaran rasmi McLaren Artura 2022 ini dijadualkan berlangsung pada musim luruh ini di Amerika Syarikat, namun menurut laporan daripada Automotive News, ia terpaksa ditangguhkan atas sebab kekurangan bekalan cip semikonduktor.

Menurut sumber, McLaren mahu mengutamakan bekalan cip kepada model yang mempunyai margin lebih tinggi.

Masalah ini bukan sahaja melanda McLaren, malah ia turut menjejaskan produksi sebilangan besar pengeluar automotif di seluruh dunia.

Sumber: Automotive News

Google ads
Back to top button