Buletin

McLaren 765LT SPIDER, LAJU DAN STANDARD TANPA PENGHAWA DINGIN!

Kereta super jika tiada varian spider memang rasa kurang lengkap. Sama ada Ferrari atau Lamborghini, sensasi buka bumbung dan bunyi ekzos adalah mempesonakan selain gaya yang menyerlah.

Model spider adalah simbolik kebebasan, riang dan bergaya manakala model coupe pula lebih serius.

Terbaru McLaren Automotive memperkenalkan 765LT Spider selepas 765LT ‘Longtail’ coupe yang diperkenalkan tahun lalu dan kesemuanya habis dijual!

Kiranya ini boleh dikatakan sebagai unit tambahan yang ditawarkan dalam versi spyder dan hanya 765 unit untuk pelanggan global.

Satu perkara tentang model spyder adalah berat yang bertambah seperti bumbung hard top boleh buka dan komponen berkaitan.

765LT Spider pula hanya bertambah 49kg yang menyumbang kepada berat keseuruhan 1,388 (DIN, Jerman). 

Berat itu sebenarnya 80kg lebih ringan berbanding sebuah lagi model iaitu McLaren 720S Spider dan sekitar 100kg lebih ringan daripada pesaing terdekat yang tidak dinamakan.

Dari segi masa bukaan dan aspek penting untuk model sebegini, bumbung gentian karbon one piece Retractable Hard Top (RHT765LT Spider hanya memerlukan 11 saat pada kelajuan sehingga 50 km/j.

Dari segi kuasa, enjin 4.0 liter turbo berkembar V8 menghamburkan 765PS (755bhp) pada 7,500 rpm dan tork setinggi 800Nm pada 5,500 rpm dan dikawal oleh sistem pengurusan enjin dengan tetapan khas.

Kuasa 765PS meletakkan 765LT Spider sebagai model terbaik di dalam kelasnya dengan nisbah kepada berat 598PS per tan (berat kering teringan).

Nisbah gear transmisi pula diubah untuk lebih engagement dan prestasi. Pecutan dalam gear 15 peratus lebih cepat berbanding 720S Spider.

Daya pecutan menyaksikan 765LT Spider hanya memerlukan 2.8 saat dari 0 hingga 100 km/j manakala kelajuan maksimum ialah 330 km/j.

Jika kereta penumpang memerlukan sekitar tujuh hingga lapan saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j, 765LT Spider pula tangkas dengan 7.2 saat untuk ke 200 km/j dari 0 km/j!

Berikut ialah lagi maklumat tentang McLaren 765LT Spider:

  • Tingkap belakang berkuasa membolehkan pemandu dan penumpang menikmati pekikan bunyi ekzos cabang empat, titanium penuh walaupun bumbung tidak dibuka.
  • Penggunan komponen ringan seperti sistem ekzos titanium (40 peratus lebih ringan berbanding besi dan setara), bahan buatan transmisi gred Formula 1 dan cermin lebih nipis.
  • Pakej aerodinamik sama seperti model coupe iaitu splitter depan, skirt sisi, bampar depan, diffuser dan bampar belakang. 
  • Sayap belakang yang ditetapkan semula mengikut posisi bumbung buka atau ditutup.
  • Dinamika casis yang ditambah baik dengan spring dan suspensi khas, jarak trek depan yang dilebarkan, bahagian depan lebih rendah dan pengaturcaraan perisian khas untuk suspensi Proactive Chassis Control II.
  • Roda aloi forged jenis ultra ringan dan tayar P Zero™ Trofeo R yang dibangunkan khas oleh Pirellu.
  • Kerusi lumba dan tunnel tengah dari gentian karbon, lantai dengan gentian karbon terdedah dan balutan  Alcantara® pada kabin.

Satu lagi keistimewaan McLaren 765LT Spider ialah tiada penyaman udara dan sistem audio dibekalkan sebagai ciri standard untuk jimat berat!

McLaren bagaimanapun boleh memasang dua komponen tersebut mengikut permintaan pelanggan tanpa kos tambahan.

BACA: McLAREN 620R DENGAN R PACK, 0-100 KM/J = 2.9 SAAT!

BACA: EDISI TERHAD McLAREN SABRE. KUASA 824 HP, TORK 800 NM. 15 UNIT SAHAJA!!!

BACA: MCLAREN JUAL HQ DI WOKING ENGLAND PADA HARGA RM969.5 JUTA

Google ads
Back to top button