JOM BERCUTI DENGAN FORD RANGER GETAWAYS. KESERONOKAN BERMULA RM98 SAHAJA!
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini membuka tirai program pengalaman percutian yang dinamakan Ford Ranger Getaways. Ia bertujuan menyediakan platform eksklusif untuk para pelanggan dan bakal pelanggan Ford yang berkongsi minat sama.
Program yang julung kalinya dicipta untuk industri itu menyediakan pengalaman unik Live the Ranger Life melalui beberapa pengembaraan dalam negara yang dipilih khusus.
Platform ini dicipta berdasarkan maklum balas daripada para pelanggan yang ingin berkenalan dengan individu lain yang berkongsi minat sama.
Selain meluaskan lagi gaya hidup mereka untuk meningkatkan keseimbangan kehidupan bekerja dan meluangkan lebih masa berkualiti bersama keluarga dan sahabat handai.
Program ini terbuka untuk semua pelanggan Ranger bermula dari 5 Februari 2022. Ford Ranger Getaways merangkumi pelbagai kategori tarikan bagi memenuhi kehendak rakyat Malaysia yang inginkan pengembaraan jangka pendek di dalam negara. Sama ada bersendirian, bersama teman-teman dan keluarga ataupun untuk mereka yang sekadar mahu berkumpul bersama mereka yang mempunyai minat yang sama.
Setiap percutian direka khusus untuk menonjolkan kepelbagaian gaya hidup Ford Ranger – keseronokan bersiar-siar di bandar atau mengembara lasak atau sekadar berjalan-jalan cari makan.
Buat julung kalinya, pengalaman off-road di sekitar Sepang akan diadakan pada 26 Februari bagi pemilik Ranger Raptor dan pada 27 Februari pula bagi semua pemilik Ranger lain.
Program itu juga bertujuan membantu menggalakkan pelancongan domestik yang terkesan teruk disebabkan pandemik. Di samping membantu seramai mungkin peniaga tempatan yang turut terkesan. Jenis perniagaan mereka dipilih berdasarkan cabaran yang selari dengan nilai teras Ranger Life.
Sebanyak 15 pengalaman percutian untuk dipilih dan aktiviti-aktiviti ini akan diperbaharui dari masa ke masa bagi memastikan percutian tersebut kekal menarik. Terdapat pilihan perjalanan separuh hari, seharian atau bermalam dengan harga bermula serendah RM98 sehingga RM2,133 seorang, bergantung kepada pakej yang dipilih.
Sempena pelancaran Ford Ranger Getaways, pelanggan akan menikmati penjimatan sebanyak 50 peratus untuk pengalaman on dan off-road di sekitar Sepang.
Program tersebut akan diadakan pada 26 Februari bagi pemilik Ranger Raptor dan 27 Februari bagi semua pemilik Ranger lain. Setiap peserta dibenarkan membawa seorang teman tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Pelanggan disarankan untuk segera mendaftar bagi merasai pengalaman ekslukif ini kerana slot hanya terhad kepada 36 pendaftaran terawal.
Pelanggan hanya perlu menempah Ford Ranger Getaways secara dalam talian melalui platform e-dagang SDAC-Ford baharu – www.sdacford.com.my/shop.
Melalui platform ini, pelanggan boleh memilih pengembaraan yang diidamkan serta tarikh dan terus membuat transaksi pembayaran dengan mudah. Pengesahan tempahan akan dihantar melalui email setelah proses tempahan selesai.