
UMW TOYOTA CATAT HASIL JUALAN 9,141 UNIT OKTOBER 2025
UMW Toyota Motor (UMWT) mengekalkan prestasi kukuh bagi bulan Oktober 2025 dengan mencatatkan sebanyak 9,141 unit kenderaan terjual, menjadikan jumlah keseluruhan tahun setakat ini sebanyak 79,559 unit.
Prestasi konsisten ini mencerminkan permintaan pasaran yang stabil serta keyakinan pengguna terhadap jenama Toyota.
Selaras dengan falsafah “Mobility for All”, Toyota terus memenuhi keperluan rakyat Malaysia melalui barisan produk yang pelbagai, merangkumi kereta penumpang, SUV dan model elektrik, disokong oleh perkhidmatan selepas jualan yang dipercayai serta nilai pemilikan jangka panjang.
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., berkata kekuatan Toyota terletak pada keupayaannya memahami keperluan sebenar pengguna.

“Kami mahu menjadi ‘Best in Town’ bukan sekadar melalui inovasi dan prestasi, tetapi juga dengan membina kepercayaan melalui pengalaman pelanggan, khidmat komuniti, dan sumbangan terhadap aspirasi negara,” katanya.
Toyota turut menarik perhatian di Japan Mobility Show (JMS) 2025 apabila memperkenalkan strategi tiga tahun bagi memacu mobiliti generasi baharu di rantau Asia.
Pelan ini berpaksikan neutraliti karbon, keselamatan pintar dan mobiliti inklusif, selaras dengan pendekatan Multi-Pathway Toyota yang memastikan setiap negara dan pengguna dapat bergerak seiring menuju masa depan bebas karbon.
Antara pengumuman penting pada Toyota Motor Asia Media Day termasuk pelancaran lebih 10 model elektrik (xEV) dalam tempoh tiga tahun akan datang, pengeluaran kenderaan elektrik (BEV) tempatan di Thailand dan Indonesia menjelang akhir 2025, serta misi “30 by 30” yang menyasarkan 30 peratus jualan xEV di ASEAN menjelang 2030, bersamaan 1.5 juta unit kumulatif atau pengurangan pelepasan karbon setara dengan 25 juta pokok ditanam / 8 juta tan CO₂.

Acara berkenaan turut menyaksikan tayangan perdana dunia Toyota Land Cruiser FJ Concept, simbol keberanian baharu dalam dunia elektrifikasi off-road yang menggabungkan warisan ketahanan Toyota dengan teknologi moden, dan disahkan bakal dihasilkan untuk pasaran rantau ini di Thailand.
Selain itu, Toyota turut memperkenalkan inisiatif Toyota Mobility Concept dan Commercial Japan Partnership Technologies (CJPT) yang menggabungkan kenderaan, tenaga dan data bagi mewujudkan ekosistem mobiliti rendah karbon dan cekap tenaga di seluruh Asia.
Bagi meraikan kejayaan berterusan ini, UMWT menawarkan rebat sehingga RM8,000 untuk model terpilih, selain tawaran tambahan di peringkat pengedar, memberi lebih banyak alasan kepada rakyat Malaysia untuk memiliki Toyota idaman mereka.
Toyota menegaskan bahawa komitmennya terhadap “Mobility for All” bukan sekadar janji produk, tetapi visi jangka panjang untuk memastikan rakyat Malaysia dapat bergerak, berkembang dan makmur dalam cara yang lebih lestari.






