Buletin

UMW TOYOTA CATAT HASIL JUALAN 7,700 UNIT PADA SEPTEMBER 2024

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencatat hasil jualan memberangsangkan bagi bulan September 2024, iaitu kira-kira 7,700 unit kenderaan terjual.

Angka berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan jualan tahun ke tarikh (YTD) melebihi 72,000 unit.

Model Toyota Vios, Hilux, dan Corolla Cross terus menjadi penyumbang utama, mewakili 69 peratus daripada jumlah jualan.

Ini mencerminkan keyakinan pengguna terhadap komitmen Toyota terhadap kualiti, ketahanan, dan prestasi.

Pada Oktober 2024, UMWT melancarkan promosi “Move in Harmony” yang menawarkan penjimatan besar kepada pembeli.

Pelanggan berpeluang menikmati rebat sehingga RM9,500 untuk model baharu Yaris, dengan bayaran ansuran bulanan serendah RM658.

Di samping itu, program Toyota Service Savers memberikan pilihan penyelenggaraan mampu milik, dengan bayaran serendah RM31 sebulan, memastikan kecekapan kos jangka panjang untuk pemilik kenderaan.

Perkembangan berkaitan, UMWT akan turut serta dalam acara Paultan ACE 2024, sebuah ekspo jualan automotif utama yang akan diadakan di Setia City Convention Centre pada 26 dan 27 Oktober 2024.

Acara ini dijangka menarik kira-kira 12,000 pengunjung dan memberi fokus kepada promosi akhir tahun serta tawaran eksklusif daripada pelbagai jenama automotif.

Toyota akan mempamerkan pelbagai kenderaan terkininya, dengan peluang untuk pandu uji serta promosi khas yang hanya tersedia semasa acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.toyota.com.my atau hubungi talian percuma Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button