
TOYOTA HILUX UNLEASHED 2025 TUTUP TIRAI PENUH GAYA DI MELAKA
UMW Toyota Motor Sdn Bhd menamatkan kempen Hilux Unleashed: The Ultimate Challenge 2025 di Melaka dengan sambutan hangat yang menggabungkan elemen pengembaraan, komuniti dan pengalaman automotif secara langsung.
Acara penutup ini menyaksikan lebih 90 pasukan bergerak dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru menuju ke Pantai Klebang dalam pencarian harta karun unik merentasi negeri, sebelum menyertai karnival keluarga hujung minggu yang dibuka kepada orang ramai.
Berbeza daripada acara pemanduan konvensional, peserta dikehendaki menyelesaikan pelbagai petunjuk dan tugasan sepanjang perjalanan ke Melaka. Laluan yang dirancang khusus ini mendorong peserta meneroka keindahan tempatan, memupuk semangat kerjasama serta mencipta pengalaman berharga bersama Toyota.

Pantai Klebang Jadi Tumpuan
Setibanya di Melaka, Pantai Klebang bertukar menjadi lokasi utama pameran dan aktiviti Toyota. Antara tarikan termasuk sesi pandu uji enam model Toyota, cabaran pemanduan efisien (eco-driving), laluan off-road menggunakan Hilux, gerai barangan rasmi GR, zon aktiviti keluarga serta pelbagai pilihan makanan ringan.
Model Hilux menjadi tarikan utama, memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri keteguhan dan keupayaan trak pikap yang terkenal dengan kualiti, ketahanan dan kebolehpercayaan (QDR) itu.
Kempen ini turut mengiktiraf semangat peserta dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dari dua laluan utama:

Laluan Kuala Lumpur:
- Omar Abdul Rahman
- Faiz Kamaruzzaman
- Kwan Siu Mei
Laluan Johor Bahru:
- M. Dzulfaqar
- Ashley Wong
- Shawn Liew
Turut disampaikan ialah hadiah saguhati dan cabutan bertuah media sosial kepada peserta bertuah.
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., berkata acara ini bukan sahaja memperlihatkan keupayaan Hilux dalam pelbagai situasi tetapi turut memperkukuh hubungan antara jenama dan pelanggan.
“Hilux telah lama menjadi simbol ketahanan dan keyakinan. Melalui Hilux Unleashed, kami berjaya mengetengahkan peranan Toyota bukan sekadar pengeluar kenderaan, tetapi sebagai pendorong kepada pengembaraan dan penemuan,” katanya.
- BACA: TOYOTA LABUR RM540 JUTA DALAM PASARAN KERETA TERPAKAI INDONESIA – MALAYSIA MUNGKIN DESTINASI SETERUSNYA?
- BACA: CHERY TETAP PENANDA ARAS BAHARU KESELAMATAN BATERI HIBRID UNTUK IKLIM TROPIKA ASEAN
- BACA: MAZDA EZ-60 TERIMA LEBIH 30,000 TEMPAHAN AWAL, PELANCARAN SEPTEMBER INI DI CHINA
- BACA: SISMA AUTO RASMI LANCAR BILIK PAMERAN & PUSAT SERVIS DENZA BAHARU DI GLENMARIE





