Buletin

HONDA CITY CATAT 10,000 TEMPAHAN

Seperti dijangka, sedan terbaharu yang ditawarkan oleh Honda Malaysia mendapat sambutan hangat. 

Honda-City-booking-10,000-Mekanika (1)

Honda City serba baharu dilihat telah menetapkan satu penanda aras baru untuk Honda Malaysia apabila menerima 10,000 tempahan dalam tempoh hanya sebulan selepas dilancarkan secara rasmi pada 20 Mac lalu.

Angka itu melepasi rekod yang dicatatkan oleh Honda CR-V iaitu sebanyak 3,000 tempahan apabila ia dilancarkan tahun lalu.

SONY DSC

Biarpun menerima jumlah tempahan yang melebihi jangkaan, Honda Malaysia tetap mampu menghantar semua 10,000 Honda City menjelang akhir Jun depan. Saluran pengeluaran No.2 di kilangnya di Pegoh, Melaka membolehkan kapasiti pengeluaran digandakan. Sekali gus membantu mempercepatkan pengeluaran dan  memendekkan masa menunggu.

Honda City generasi keempat menerima rebiu positif daripada rakyat Malaysia kerana ia dilengkapi pelbagai ciri menarik dan ruang kargo (536 liter) mendahului kelasnya. Sedan segmen B ini juga dipasang dengan enam beg udara, VSA dan ISOFIX.

SONY DSC

Menggabungkan aspek praktikaliti dan penjimatan bahan api, Honda City sememangnya sedan yang amat ditunggu-tunggu oleh pengguna di Malaysia.

Sebelum pengenalan Honda City lagi, jualan Honda Malaysia telah mencatat peningkatan sebanyak 30 peratus untuk suku pertama 2014 berbanding tempoh sama tahun lalu. Angka itu disumbang oleh permintaan kukuh terhadap model CR-V dan Accord.

SONY DSC

Selaku model pertama yang dilancarkan pada tahun 2014, Honda City bakal memacu jualan untuk mencapai sasaran 76,000 unit kenderaan yang ditetapkan oleh Honda Malaysia.

Orang ramai boleh melihat secara dekat dan memandu uji Honda City di mana-mana 75 pengedar Honda di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol Honda: 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button