Pandu Uji

BMW 4 SERIES CONVERTIBLE

Membawa bersama kejayaan model terdahulu yang merupakan model convertible eksekutif empat tempat duduk paling laris dan popular selama berdekad-dekad, pengganti BMW 3 Series Convertible ini menawarkan prestasi yang telah dipertingkatkan.

BMW-428i-Convertible-Mekanika (1)

Pengendalian tepat serta teknologi-teknologi BMW ConnectedDrive dan BMW EfficientDynamics yang ada pada BMW 4 Series Convertible nyata tiada tandingan demi menawarkan pemanduan tanpa bumbung dalam bentuk yang paling cantik.

Ciri pertama gaya rekaan BMW 428i Convertible serba baharu ialah bumbung hardtop tiga bahagiannya. Dalam tempoh hanya 20 saat, BMW 428i Convertible boleh berubah daripada sebuah coupé yang elegan menjadi roadster yang dinamik.

SONY DSC

Kekal dengan reka bentuk yang sporty dan dinamik, BMW 4 Series Convertible dikuasakan oleh teknologi BMW TwinPower Turbo. Dipasang dengan enjin petrol empat silinder bersesaran 2.0 liter, ia menawarkan kuasa maksimum 180kW/245hp dan tork 350Nm.

Kuasa itu membolehkannya memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh hanya 6.4 saat dan kelajuan maksimum mencecah 250km/j. Penggunaan bahan api yang direkodkan ialah 6.6 liter bagi setiap 100km dengan emisi CO2 154g/km.

 

SONY DSC

Bagi pemandu yang mahukan pemanduan sporty, BMW 4 Series Convertible ada menampilkan Adaptive M Suspension dengan peredam yang boleh dikawal secara elektronik. Sistem suspensi ini membolehkan karekteristik operasi kereta didaptasikan bergantung kepada situasi.

BMW 428i Convertible serba baharu kini hadir bersama tiga ciri BMW EfficientDynamics yang baru iaitu fungsi Sailing, Route-Ahead Assistant dan ECO PRO Route. Dengan transmisi automatik lapan kelajuan, fungsi Sailing membolehkan kereta untuk bergerak tanpa memerlukan pemandu menekan pedal minyak pada kelajuan di antara 50 hingga 160km/j bagi menjimatkan penggunaan bahan api.

 

BMW-428i-Convertible-Mekanika (16)

Sementara sistem Route-Ahead Assistant yang menerima data daripada Navigation System Professional di dalam kereta akan mengenal pasti selekoh, serta sempadan bandar raya, bandar dan kampung. Selain kadar had laju sepanjang laluan agar pemandu boleh memperlahankan kenderaan dengan lebih awal.

Bagi pemanduan yang lebih menjimatkan bahan api, pemandu boleh menggunakan ECO PRO Route yang akan beroperasi bersama Navigation System Professional untuk mengira laluan paling ekonomikal untuk sampai ke destinasi. Rekod penjimatan bahan api dan jangkaan masa perjalanan akan dipaparkan. Bergantung kepada gaya pemanduan seseorang, minyak boleh dijimatkan sehingga lima peratus.

SONY DSC

Pada bahagian dalaman kereta, elemen sporty dan keanggunan BMW 428i Convertible serba baharu dipertingkatkan dengan material berkualiti tinggi, tempat duduk yang ergonomik dan selesa untuk dioperasi.

Bagi menunjukkan konsep BMW yang berorientasikan pemandu, dial panel hitam berbentuk bulat, paparan skrin rata iDrive dan iDrive Touch Controller yang mudah dicapai semuanya diletakkan di konsol tengah. Ini bagi memboleh suis kawalan yang relevan dapat dioperasi secara intuitif dan efisien.

SONY DSC

Didatangkan dalam versi standard bersama Luxury line, 428i Convertible menggunakan rim aloi ringan multi-jejari bersaiz 18”. Sementara kemasan luaran untuk luxury line didatangkan dengan kemasan krom serta kemasan Fineline Anthracite dan krom yang menyerlah. Turut ditambah ialah sistem bunyi HiFi yang dikuasakan oleh sembilan unit pembesar suara.

BMW-428i-Convertible-Mekanika (18)

Warna-warna untuk BMW 4 Series Convertible ialah hitam, putih, biru dan kelabu. Harga runcit (di atas jalan, tidak termasuk insurans, bersama BMW Service Inclusive + Repair) untuk BMW 428i Convertible ialah RM 428,800 seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button