Buletin

HONDA CIVIC SiR EP3 SUDAH 17 TAHUN. HARGA RM93,197!!!

Jenama Honda cukup terkenal dalam pembinaan kereta sangat praktikal untuk keluarga yang mampu bertahan lama.

Kenderaan keluaran Jepun ini boleh dikatakan tidak terlalu mahal dan mampu milik.

Bahkan, model berprestasi turut menjadi kegilaan golongan muda kerana masih mampu dibeli tanpa dibebani hutang terlalu tinggi.

Model sporty seperti Civic Si dan Type R meraih populariti sehingga dapat dijual pada harga yang tinggi di pasaran kereta terpakai.

Sebagai contoh, Honda Civic SiR EP3 tahun 2003 ini yang dijual pada harga AS$22,379 (RM 93,197) di Kanada.

Ya, harga masih tinggi malah boleh membeli sebuah model baharu Civic Si.

Menurut iklan eBay, kenderaan ini dalam keadaan baik dan mencatatkan perbatuan 15,497 km pada odometer.

Civic SiR EP3 (dinamakan Si di Amerika Syarikat) generasi ke-7 ini kembali ke rekaan hatchback selepas dibangunkan sebagai coupe pada generasi terdahulu.

Ia menggunakan platform enjin K-Series ataupun K20A3 yang digunakan pada model Acura RSX.

Enjin ini mampu menjana kuasa 160hp dan tork 132 lb-ft.

Melalui iklan berkenaan, sepanjang 17 tahun, Honda Civic SiR EP3 yang tidak pernah dimodifikasi atau dipandu ketika musim sejuk hanya mempunyai seorang pemilik.

Dalam pada itu, ia tidak pernah terlibat dalam kemalangan, memiliki rekod bersih Carfax dan disimpan rapi di garaj.

Civic SiR ini didatangkan dengan tiga kunci asli dan minyak hitam ditukar di pengedar rasmi Honda.

Penjual juga masih menyimpan tayar asli jika diminta pembeli. Kenderaan berkenaan terletak di Quebec, Kanada dan harga jualan yang diminta adalah AS$22,379 (RM 93,197). – carbuzz

GALERI

Google ads
Back to top button