Buletin

LANGSUNG TAK LAKU TAHUN INI, HONDA HENTI JUAL NSX DI AUSTRALIA

Honda telah menamatkan model NSX dari Australia secara senyap-senyap berikutan penjualan kereta sport berkenaan sangat teruk.

Honda NSX yang mendapat khidmat teknologi hibrid iaitu enjin V6 tubo 3.5 liter dan tiga motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 573 hp dan tork 645 Nm tidak boleh lagi ditempah malah tiada stok di pengedar negara terbabit.

Begitupun, pemberhentian model berkenaan bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana ia tidak mencatatkan sebarang jualan pada tahun ini.

Menurut laporan CarExpert, sebanyak tiga unit sahaja yang dijual pada tahun 2019 manakala 2018 mencatatkan penjualan sebanyak dua unit.

Bagi tahun 2017 dan 2016 pula, masing-masing dua unit sahaja yang dapat dijual di Australia.

Langkah tersebut juga berkaitan dengan penstrukturan semula syarikat yang akan mengurangkan pengedar jualan, pengurangan model-model dan mengetengahkan harga  tetap bagi jentera-jentera jenama berkenaan.

“Segala informasi berkenaan Honda NSX telah dikeluarkan daripada laman web rasmi Honda Australia beberapa minggu yang lalu kerana sudah tidak menerima sebarang tempahan terhadap model itu,” kata  jurucakap Honda. – carscoops

Google ads
Back to top button