Buletin

RICHARD HAMMOND TERPAKSA JUAL FERRARI UNTUK BAYAR DUIT SEWA RUMAH

Pengacara rancangan pemotoran popular, Richard Hammond memberitahu dia pernah berdepan waktu sukar dan  terpaksa menjual sebuah Ferrari semata-mata untuk membayar sewa rumah yang dihuni oleh keluarganya.

Hos rancangan Grand Tour itu dikatakan memiliki enam buah kereta dan tiada pilihan lain selain menjual Ferrari miliknya. Hammond yang mengacara rancangan sama dengan dua orang lagi rakannya, Jeremy Clarkson dan James May memberitahu Ferrari yang dijual ialah model 550 Marnello buatan tahun 1998. 

Wang jualan itu kemudian digunakan oleh Hammond untuk melangsaikan hutang sewa rumah selama enam bulan. Dalam sebuah video DriveTribe, Hammond disatukan semula dengan kereta lamanya itu. “Saya memiliki kereta ini selama beberapa tahun, pada masa itu kami tinggal agak jauh dari London. 

“Bekerja dengan Top Gear yang beribu pejabat di London membuatkan saya perlu berulang-alik setiap hari dan ia sangat memenatkan. Saya mahu keluarga berada lebih dekat dan kami ambil keputusan untuk berpindah serta menyewa rumah,” kata Hammond. 

Pengacara DriveTribe, Mike Fernie memberitahu penonton bahawa kereta sama akan dilelong tidak lama lagi. Dia berharap dapat mempertemukannya dengan Hammond dan dia mungkin mahu membelinya semula.

Hammond bagimanapun menegaskan yang dia perlu melepaskan Ferrari tersebut, walaupun sedih. Hammond sempat memiliki Ferrari berkenaan selama beberapa tahun.

Bekas pengacara rancangan Top Gear itu kemudian menyedari tindakan menyewa rumah yang dekat dengan tempat kerja bukanlah satu keputusan yang bijak. Keesokan harinya, dia meminta syarikat pemunggahan barang untuk membawa balik barang-barangnya. 

Namun, tindakan itu menyebabkan dia tetap berhutang dengan pemilik rumah sewa selama enam bulan. Jumlah hutang itu hampir sama dengan nilai Ferrari yang dijualnya. 

“Saya bukanlah tiada duit langsung. Cuma, saya ada sebuah Ferrari dan tidak ada pendapatan lain pada masa itu,” jelas Hammond. – Mirror UK  

Google ads
Back to top button