Buletin

HONDA MALAYSIA CATAT 105,000 TEMPAHAN DARI JANUARI-JUN 2022

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya menjual lebih 39,000 unit kenderaan bermula Januari hinga Jun 2022. Ini merupakan peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, Honda Malaysia mencatat jualan tertinggi pada Mac denga lebih 19,500 unit. Dari segi model pula, City menjadi model paling laris apabila menyumbang 39 peratus jualan.

Ia diikuti oleh City Hatchback (23 peratus) dan Civic sebanyak 18 peratus. Harus tahu model City, City Hatchback, Civic dan Accord merupakan model No. 1 dalam segmen masing-masing pada Januari hingga Mei 2022.

Prestasi memerangsangkan itu membuatkan syarikat di landasan terbaik untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 80,000 unit. Sehingga Jun 2022, Honda Malaysia telah menyumbang 12 peratus kepada Volum Keseluruhan Industri (TIV).  

“Honda Malaysia memulakan tahun 2022 dengan begitu baik menerusi pelancaran Civic pada Januari. Model itu mendapat maklum balas positif daripada pasaran dengan reka bentuk dan ciri-ciri premiumnya.

“Momentum itu diteruskan dengan pelancaran SUV popular kami, HR-V serba baharu. Sejak dilancarkan, ia nyata mendapat sambutan yang sangat baik.

“Kami juga menerima tempahan lebih 105,000 unit kerana orang ramai mahu memanfaatkan  pengecualian cukai SST yang tamat pada 30 Jun 2022,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura.

Google ads
Back to top button