Artikel Pilihan

PORSCHE BELI 50% PEGANGAN SAHAM DALAM RED BULL RACING

Nampaknya keinginan Porsche untuk menyertai perlumbaan F1 semakin hampir menjadi kenyataan selepas Porsche puas bermain di arena perlumbaan 24 jam Le Mans. Menurut satu lapiran yang ditemui oleh Motorsport.com, Porsche berhasrat untuk membeli 50% kepentingan saham dalam Red Bull Racing

Porsche dan Red Bull Racing juga akan menandatangani satu perjanjian usahasama selama 10 tahun yang akan diumumkan pada 4 Ogos nanti. Menurut Motorsport.com, Porsche dan Red Bull Racing mesti mendapatkan keizinan daripada pelbagai agensi anti monopoli bagi membolehkan perjanjian ini dimuktamadkan

Red Bull dan juga AlphaTauri mungkin akan menggunakan enjin Porsche bermula dari tahn 2026 yang akan dibina oleh Red Bull Powertrains. Usahasama antara Porsche dan Red Bull Racing sepatutnya diumumkan semasa GP Austrian beberapa minggu lepas tapi dilengahkan oleh FIA berikutan peraturan enjin baru tahun 2026

Porsche pernah menyertai perlumbaan F1 sekitar tahun 1960an dan memenangi GP French pada tahun 1962 dengan jentera mereka dipandu oleh Dan Gurney. Bekas CEO Volkswagen Herbert Diess telah mengesahkan Porsche akan memasuki arena F1 pada tahun 2026.

Antara perkara yang menarik minat Porsche bagi menyertai F1 ialah peraturan trenkuasa baru yanga kan dilaksanakan pada tahun 2026 nanti. FIA dikatakan telah menerima dan bersetuju dengan cadangan pembaharuan enjin yang akan digunakan dalam perlumbaan F1 termasuklah menggugurkan unit MGU-H daripada enjin

Google ads
Back to top button