Motosikal

HONDA PCX KEMBALI KE PASARAN MALAYSIA SELEPAS ENAM TAHUN – RM12,998

Boon Siew Honda (BSH) dengan rasminya melancarkan PCX 160 untuk pasaran tempatan sekaligus mengesahkan kembalinya model PCX ke Malaysia. 

Selepas enam tahun menghilang, PCX kembali dengan identiti yang sama namun dengan rupa lebih segar dan ciri dipertingkat termasuk Honda RoadSync. 

PCX 160 menyertai ADV 160 yang telah pun memasuki pasaran awal tahun ini namun terus membawakan ciri terkini termasuk meter TFT 5-inci yang membolehkan penunggang mengakses ciri seperti navigasi, menjawab panggilan dan menerima notifikasi mesej. 

Untuk rekod, ADV 160 dan PCX 160 merupakan dua model kecil Honda yang menawarkan Honda RoadSync. 

Selain itu, PCX 160 ini turut dilengkapi ciri seperti:

  • Honda Selectable Torque Control (HSCT)
  • ABS
  • tangki 8.1L
  • Honda Smart Key System (keyless)
  • USB Type-C
  • pencahayaan LED

Dalam pada itu, BSH menawarkan waranti tambahan setahun kepada pengguna yang ‘trade-in’ Honda PCX 150 kepada PCX 160 yang baharu. 

Google ads
Back to top button