Modifikasi

YEZZA DIREZZA!

Kalau mengikut rekod peribadi pertama kali saya main kereta, mungkin tarikhnya sekitar tahun 1997. Saya punya Satria 1.3 karburetor dulu punyalah power sampaikan naik tiga orang sahaja kena mengular lalu bampar jalan, walaupun saiz bonggol cuma sebesar buluh lemang.

Rendahnya jangan kiralah. Kalau boleh nak rendah macam Lotus. Masa tu mana ada spring lowered harga RM200 hingga RM300. Semua harga beribu-ribu lemon. Duduk pula kawasan kampung, pandu  Satria pekak pun kira playboy habis dah.

Masa tu juga mana ada pinjaman sembilan tahun dengan faedah 2.8 peratus. Zaman dulu punya pinjaman cuma lima tahun je der. Faedah pun semua lima peratus ke atas. Pengsan.

Masa tu kereta terpakai punya faedah enam sampai tujuh peratus. Kalau fikir-fikir balik hari ni, elok kekal macam tu saja. Takdelah kereta bersepah atas jalan dan tak adalah satu keluarga beli sampai dua tiga buah kereta. Bikin sesak dan penuhkan kawasan perumahan dengan parkir merata-rata.

SONY DSC

Zaman sekarang beli kereta sudah tak susah. Hendak beli Civic baru pun, bayaran bulanannya mungkin sama saja dengan Civicv EK zaman dulu kalau dikira jumlah bayaran balik campur faedahnya.  Tapi tetap bukan semua orang mampu. Sebabnya, walaupun sudah berbelas tahun berlalu, kereta dan barang-barang makin mahal. Tetapi pendapatan kita sebenarnya masih tidak banyak berubah.

Jika hendak menambah pendapatan dan tak mau rasa rugi sangat apabila ubahsuai kereta jadilah seperti Encik Leed dari Johor Bahru ni. Dia memiliki sebuah Honda Civic FD dan sangat rajin jadi runner barang-barang Type-R dan Honda.

Sebenarnya memang tak ramai yang menceburi bidang ini. Maksud saya, jadi runner barang-barang FD. Sebab majoriti yang ada hari ini lebih fokus kepada barang-barang K-Car, JDM Mitsubishi, Evo, Jazz dan lebih spesifik seperti Myvi. Jadi, kalau diikut pada skala ekonominya, boleh tahan juga meniaga stail dio orang ni.

SONY DSC

Dunia FD memang berkisar tentang Type-R sahaja. Itu yang saya tahu sebab kebanyakan FD jadi-jadian yang pernah dijumpai majoritinya memang jenis layak kena sepak. Sengal betul apa dosa kereta tu pergi ubah suai tak ada taste langsung.

Kalau dah rasa terer sangat, FD pekak tu buat pergi kerja sudahlah. Beli EF sebuah  buat perang masuk trek kalau berani. Ini tidak, dekat highway sampaikan Alza pun nak diberi lampu tinggi (high beam) di lorong tengah.

Untuk menjadi mulia seperti model Direzza ini, banyak benda yang perlu diusik. Bukan setakat tukar side step ada lampu buatan Taiwan dengan rim 18 buatan China.

SONY DSC

Ia memerlukan ketelitian dalam melihat bahagian-bahagian kereta yang ditukar supaya rupanya dekat dengan Type-R. Lagenda FD2 yang memang kalau jumpa boleh cium kereta ni.

Apabila hendak menjadi begitu mirip kepada Type-R, sudah tentulah kena kumpulkan aksesorinya terlebih dahulu. Memang ada orang yang cukup gila beli Civic FD lokal, kemudian salin semuanya kepada Type R.

Kalau kira balik, baik beli Type-R terus sebab half-cut sahaja dah berapa duit? Memang tak berbaloi langsung. Tapi rutinnya kalau dah suka modifikasi, kalau beli FD2R nak ubah suai apa lagi. Betul tak?

Kereta ini memulakan hayatnya sebagai model 2.0 liter yang sangatlah mahal dijual di Malaysia. Kalau di Jepun, harga RM130,000 sudah boleh dapat bapak segala Type-R.

Leed mula menyalin barang-barang Type-R sejak beberapa tahun yang lalu. Semuanya bermula dengan bahagian luar yang melibatkan penggantian FD2R yang terdiri daripada bampar depan, side skirt, spoiler, bampar belakang dan lampu belakang. Selain lips depan replika J’S Racing dan replika gril Mugen.

SONY DSC

Sambil-sambil salin bahagian luar, saya tengok bahagian dalamannya sudah 99 peratus Type-R. Semuanya ada di situ. Daripada tempat duduk, karpet, kemasan pintu, papan pemuka, pemijak panel pintu, hendal, brek tangan dan boot gear asli yang membalut kawasan boot gear asal.

Nampak macam manual saja, pada hal K20 ini masih bertransmisi automatik. Aksesori terakhir ialah sistem audio yang terdiri daripada head unit JVC, Stellar subwoofer 12 inci, power amp Mohican dan Pegasus Midbass. Ada lagi yang saya tertinggal, Blitz E-Throttle Controller.

SONY DSC

Benda yang membezakan FD2 jadi-jadian Ah Beng dengan R jadi-jadian serius ialah brek. Sebab itu kalau pakai tag C55 AMG, cuba tengok breknya cukup besar atau tidak. Jadi, dalam usaha untuk mengelirukan orang awam, Leed memasang brek Type-R Brembo 4 pot dengan rotor 320mm, cukup besar apabila dipadankan dengan rim 17 inci.

Rim depannya ialah Work Emotion CR Kai 17X9 dengan offset ET38. Sementara belakangnya pula rim Advan RS 17X9 dengan offset ET35. Walaupun badan kereta dibalut dengan tema Direzza, tayar kereta ini lain pula tajuknya. Leed menggunakan tayar Goodyear Revspec bersaiz 145/40/17. Boleh tahan lebarnya.

Tengok dari belakang, kereta ini nampak lebih garang daripada sebuah Type-R original!
[hr]

Spesifikasi

Model: Honda Civic 2.0 / 2008

Enjin: K20A automatik lima kelajuan, Head Cover K20Z

Suspensi: Adjustable TEIN

Rim depan: Work Emotion CR Kai 17X9 ET38

Rim belakang: Advan RS 17X9 ET35

Brek: FD2R Brembo 4 pot depan dengan 320mm caliper.

Dalaman: FD2R – tempat duduk, karpet, kemasan pintu, papan pemuka, pemijak panel pintu, hendal, brek tangan dan Blitz E-Throttle Controller

Audio: JVC Head unit, Stellar sub 12 inci, Mohican Power amp, Pegasus Midbass

Luaran: FD2R – bampar depan, side skirt, spoiler, bampar belakang, lampu belakang. Lips depan replika J’S Racing, gril replika Mugen
[hr]

Galeri

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC
 

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button