Buletin

HYUNDAI IONIQ 5, TUCSON BUAT KEMUNCULAN DALAM FILEM SPIDER-MAN: NO WAY HOME

Selain daripada platform pengiklanan yang biasa kita lihat di tepi jalan serta di dalam media sosial, filem juga merupakan salah satu cara yang menarik untuk mempromosikan produk-produk terbaharu automotif.

Setelah membawakan kelibat Sonata N Line di dalam filem Snake Eyes, Hyundai kini membawakan dua buah model kenderaannya untuk ditampilkan dalam filem terbaharu Spider-Man: No Way Home.

Filem yang dilakonkan oleh Tom Holland dan Jacob Batalon itu bakal menampilkan kelibat model Hyundai Ioniq 5, serta SUV Tucson.

Difahamkan, tayangan perdana filem Spider-Man itu dijadualkan pada tarikh 17 Disember ini.

Selain daripada penampilan dalam filem, Hyundai Ioniq 5 juga turut membuat kemunculan dalam iklan komersial TV berdurasi 90 saat arahan Jon Watts yang juga merupakan pengarah bagi filem trilogi Spider-Man.

Sebagai meraikan kemunculan Ioniq 5 dan Tucson dalam filem ini, para peminat Spider-Man dan Hyundai juga turut berpeluang untuk mendapatkan poster edisi khas, serta wallpaper untuk dibawa pulang.

Spider-Man: No Way Home merupakan filem ketiga dalam trilogi Spider-Man yang diterbitkan oleh Sony Pictures dan Marvel Studios selepas filem Spider-Man: Homecoming (2017) dan Spider-Man: Far From Home (2019).

https://youtube.com/watch?v=U4j03-q8-z8
Google ads
Back to top button