Buletin

DEDIKASI TINGGI BRO NI. SANGGUP CABUT, PASANG BAMPAR. BILA KELUAR, MASUK RUMAH

Filipina merupakan antara negara yang sudah biasa dengan senario slammed cars. Ia bagaikan satu budaya kereta di negara terbabit.

Bahkan, terdapat laman Facebook yang memberi informasi berhubung bangunan-bangunan menawarkan parkir selamat untuk kenderaan-kenderaan lowered di negara Asia Tenggara.

Bagi sebuah negara memiliki laluan jalan raya agak teruk dan kerap dilanda banjir, banyak diperkatakan tentang dedikasi pemilik kereta di dalam video di bawah.

Video dimuat naik ViralHog di laman YouTube menunjukkan pemilik kereta Hyundai Accent 2021 yang telah dibikin akan mencabut dan memasang semula bampar setiap kali menggunakan laluan jalan raya di rumahnya.

Jalan yang tidak selamat untuk sedan lowered ini memaksa pemilik tersebut melakukan tindakan sedemikian agar keretanya tidak rosak.

Ini merupakan satu contoh terbaik, peminat tegar jentera sanggup melakukan apa sahaja dan sayangkan keretanya .- agensi

Google ads
Back to top button