Artikel Pilihan

CONSUMER REPORT BERI MARKAH TERTINGGI PADA KENDERAAN INI

Consumer Report atau juga dikenali sebagai Consumer Union adalag badan bukan berasaskan keuntungan yang mendedikasikan usaha pada penilaian produk, penyiasatan produk, pendidikan pada orang ramai dan memperjuangkan isu-isu kepenggunaan di Amerika termasuklah dalam sektor automotif.

Consumer report telah menghabiskan masa selama 85 tahun bagi menguji kenderaan baru serta menjadi rujukan pada pengguna berkenaan produk automotif. Pada tahun 2022, Consumer Report telah menyenaraikan 10 kereta kompak mampu milik pilihan mereka.

Antaranya ialah:

1. Nissan Sentra 2022 – model ini tidak dijual di Malaysia, mendapat 77 poin daripada 100, mendapat purata 14km per liter ketika pemanduan bandar dan meningkat pada 18km per liter ketika dipandu di lebuh raya.

Pemandu uji Consumer Report memuji aspek keselesaan pemanduan tapi pada masa yang sama cukup lincah dengan input stering. Bahagian dalaman pula banyak dibalut dengan kulit serta menawarkan ruang kaki yang besar di bahagian belakang. Ia dijual bermula RM 80,000 sehingga RM 92,000

2. Nissan Rogue Sport – dengan harga di bawah RM 105,000 crossover ini menawarkan kedudukan pemanduan yang lebih tinggi bagi membantu mendapat jarak penglihatan yang lebih baik serta kelegaan ruang kepala yang bagus. Ia turut dilengkapi dengan LDW, Sistem Amaran Titik Buta, RCTA dan Rear Automatic Braking

3. Subaru Forester – walaupun ditawarkan dengan sistem pacuan semua roda AWD, crossover ini sangat cekap tenaga, luas, dianugerahkan 5 bintang NHTSA termasuklah dengan penggunaan teknologi Subaru Eye Sight. Secara purata penggunaan bahan api ialah sekitar 12km per liter

4. Honda Accord – Consumer Report mengatakan Accord adalah sedan sejati disebabkan ia menawarkan ruang dalaman yang luas, keselesaan, kuasa yang bagus dan penggunaan bahan api yang cekap. Model hibrid menawarkan penggunaan petrol pada 20km per liter tanpa mengorbankan prestasi pecutan

5. Toyota Prius Hibrid & Prium Prime Plug in Hybrid – model plug in menawarkan jarak perjalanan sejauh 40km dalam mode EV dan secara purata penggunaan bahan api ialah sekitar 22km per liter petrol. Jika dipandu secara berhemah, semu varian boleh dipandu sejauh 950km untuk setangki bahan api. Pemandu uji juga suka dengan skrin sebesar 11.9 inci di bahagian kabin kereta ini

6. Toyota RAV4 Prime – merupakan crossover hibrid dengan teknologi plug in yang membolehkan pemanduan EV sejauh 67km serta menawarkan sebanyak 302 kuasa kuda. Malah ia menawarkan penjimatan sekitar 30km per liter menyebabkan Consumer Report mencadangkan crossover ini sesuai untuk perniagaan kecil dengan muatan barang yang besar.

7. Kia Telluride – model penunggang telur mendapat skor 97 poin bagi kategori crossover 3 baris tempat duduk. Ia sangat luas, mudah untuk keluar masuk, selesa dan sedap dipandu. Disebabkan rekaan berkotak, ia ada ruang yang besar untuk pemandu, penumpang dan kargo. Tapi awas, purata penggunaan petrol ialah 8.9km per liter

Bagi kategori sedan yang lain, antara model yang mendapat skor bagus ialah Toyota Corolla 73 poin, Honda Civic 70 poin, Subaru Impreza 81 poin, Hyundai Elantra 76 poin, Volkswagen Jetta 73 poin, Mazda3 69 poin

Google ads
Back to top button