Buletin

HYUNDAI ACCENT DIBIKIN JADI MUSTANG 1969

Memiliki jentera Ford Mustang 1969 mungkin terlalu mahal berbanding membeli Hyundai Accent.

Begitupun, tidak mustahil apabila dapat memiliki kedua-dua kenderaan pada harga mampu milik.

Dream Custom India telah melakukan modifikasi terhadap Hyundai Accent tahun 2009 sehingga menjadi jentera Mustang 1969.

Menariknya, replika dibikin menggunakan Accent kelihatan hampir sama seperti Mustang 1969 tulen.

Bahagian luaran tidaklah ditiru bulat-bulat tetapi ia menampilkan sentuhan dan kemasan agak menarik terutama bagi peminat Mustang tetapi tidak memiliki kewangan yang banyak untuk membeli sebuah jentera idaman.

Melalui mata kasar, rekaan dan kemasan digunakan dari Mustang tetapi pada bahagian stereng, papan pemuka serta konsol tengah masih mengekalkan produk Hyundai.

Bagaimanapun, tidak ditunjukkan rakaman bahagian enjin tetapi kemungkinan besar ia mendapat khidmat enjin V8.

Dream Custom India memberitahu, mengambil masa kira-kira empat bulan untuk menyiapkan jentera terbabit.

Bahkan, menawarkan replika Mustang 1969 itu kepada orang ramai yang ingin membelinya sebagai koleksi. – carscoops

Google ads
Back to top button