
CFMOTO 450MT BAKAL DINAIK TARAF DENGAN FUNGSI CRUISE CONTROL?
CFMOTO merupakan antara jenama motosikal China yang berjaya mendapat tempat dikalangan peminat motosikal dunia dan tempatan.
Antara model yang berjaya mengangkat populariti CFMOTO di pentas dunia dalam tempoh singkat adalah CFMoto 450MT. Ini kerana motosikal segmen adventure kelas 450cc itu menawarkan ciri yang serba lengkap setaraf motosikal 650cc keatas.

Reka bentuk yang menarik juga antara yang menyumbang kepada penjualan tinggi di pasaran global.
Namun begitu, ramai yang juga mengharapkan bahawa motosikal tersebut ditambah baik dengan fungsi cruise control yang akan membantu penunggang yang gemar melakukan tunggangan jarak jauh.

Ini kerana dengan adanya fungsi cruise control pengguna tidak perlu lagi mengawal throttle untuk tempoh lama sekaligus boleh menyebabkan tangan berasa lenguh dan menyumbang kepada keletihan.
Menyedari perkara itu, kami difahamkan pihak CFMoto Malaysia telah menghantar permintaan kepada pihak CFMOTO untuk menaik taraf 450MT generasi akan datang engan sistem cruise control.

Meskipun sistem tersebut kelihatan tidak signifikan bagi penunggang motosikal namun bagi kaki kembara, cruise control sememangnya membantu memastikan tunggangan jarak jauh menjadi lebih selesa dan mengurangkan tekanan pada tangan kanan.
Sekiranya permohonan itu disambut, pastinya permintaan bagi CFMoto 450MT akan bertambah.







