Buletin

IKRAR RAMADAN VOLVO. LAKSANA PENJARAKAN SOSIAL, DAPAT BAUCAR GRABFOOD BERNILAI RM10

Volvo Car Malaysia (VCM) berikrar memberikan sokongan berterusan untuk penjarakan sosial melalui kempen ikrar secara dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini. 

Melalui kempen Ikrar Ramadan Selamat (Ramadan Safe Pledge), Volvo Car Malaysia akan memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia yang berikrar untuk mengekalkan penjarakan sosial dengan baucar GrabFood bernilai RM10.

Kempen akan berlangsung dari 4 hingga 23 Mei 2020, dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang setiap hari dan bakal dilaksanakan di laman web mikro – http://bit.ly/MYVolvoSafePledge, dengan ikrar yang dimuat naik oleh peserta di Instagram. 

Dalam tempoh 20 hari, VCM akan memberi 10,000 baucar bernilai RM100,000. Anda hanya perlu menunjukkan solidariti dengan membuat hantaran semula di Instagram, satu daripada lima imej yang ditemui di laman mikro kempen Ikrar Ramadan Selamat Volvo. 

Ikrar itu juga boleh dilakukan terus melalui halaman Instagram Volvo Car Malaysia dengan klik pada pautan dalam bio atau melalui Instagram Stories. Semua hantaran perlu meletakkan tag @VolvoCarMalaysia, diikuti oleh #MYVolvoSafePledge. 

Baucar akan diemel terus kepada peserta yang berjaya melalui alamat emel yang digunakan untuk menandatangi ikrar tersebut. Setiap baucar mempunyai tempoh sah laku selama enam bulan. Pemenang akan dipilih setiap hari, berdasarkan “siapa cepat, dia dapat”. 

Setiap akaun Instagram hanya boleh menyertai sekali sahaja. VCM akan memilih 500 entri pertama setiap hari. 

Promosi Eksklusif Hari Raya

Sempena sambutan Hari Raya tidak lama lagi, Volvo Car Malaysia akan melancarkan tawaran istimewa bermula 1 Mei hingga 30 Jun 2020.

VCM alaysia menawarkan pakej penyelenggaraan selama lima tahun (VSA5+) untuk pemilik baru dan semua model Volvo. Bukan itu sahaja, pakej Recharge untuk model terpilih bernilai sehingga RM30,888 dan Hager Wallbox

bagi varian PHEV terpilih bernilai sehingga RM8,000 juga akan diberikan. 

Tempahan yang dibuat secara dalam talian layak menerima pakej Polestar Optimisation percuma bernilai RM5,200. Maklumat lanjut mengenai tawaran istimewa ini, sila hubungi pengedar Volvo Car pilihan anda atau layari: http://bit.ly/VolvoMY-booking

Maklumat lanjut mengenai Ikrar Ramadan Selamat atau Promosi Raya, sila lawati http://bit.ly/MYVolvoSafePledge atau ikuti Facebook Volvo Car Malaysia http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG.

Tags
Google ads
Back to top button