Buletin

ORANG RAMAI KINI DIBENAR BERGERAK MELEBIHI RADIUS 10KM

Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa hari ini, orang ramai sudah dibenarkan untuk bergerak melebihi radius 10 kilometer. 

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dalam sidang media hariannya di Putrajaya. 

Menurut Ismail Sabri lagi, peraturan radius 10km yang terpakai dalam PKP terdahulu, sudah tidak dilaksanakan di bawah PKPB.

“Tidak ada lagi radius 10 kilometer dalam peraturan PKPB. Tidak ada lagi. Bagaimanapun, rentas negeri masih dalam senarai yang dilarang. Masih belum dibenarkan dalam PKPB ini,” tegasnya. – Berita Harian 

Google ads
Back to top button