Buletin

IKUT GARIS PANDUAN MIROS GUNA CHILD RESTRAINT SYSTEM (CRS)

Adakah anda sebagai pemandu atau penumpang mengambil berat tentang pemakaian tali pinggang keledar setiap kali anda memasuki kereta?

Jika tidak, tahukah anda bahawa pemakaian tali pinggang keledar sangat penting untuk pemandu dan penumpang bagi memastikan kurang kecederaan dan risiko kematian berlaku sewaktu kemalangan?

Bagaimana pula dengan kanak-kanak sebagai penumpang? Jika kita memasang tali pinggang keledar pada kanak-kanak ataupun bayi, masalah yang timbul ialah rekaan tali pinggang keledar ini hanya sesuai untuk penumpang dewasa.

Ia tidak sesuai untuk kanak-kanak dan bayi kerana tali pinggang keledar ini dicipta berdasarkan berat dan ketinggian penumpang dewasa.

Sekiranya kanak-kanak dipasangkan dengan tali pinggang keledar, semasa berlakunya hentakan, badan mereka tidak boleh menahan hentakan sehingga menyebabkan kecederaan dalaman yang serius.

Ini kerana tali pinggang keledar kenderaan adalah direka untuk penumpang dewasa.

Oleh itu, sekiranya anak anda memiliki berat kurang 36 kg, berumur kurang dari 12 tahun dengan ketinggian tidak melebihi 136 cm maka mereka disarankan untuk menggunakan Child Restraint System (CRS) atau child seat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).

Bayi baru lahir sehingga 13 kilogram disarankan menggunakan CRS menghadap kebelakang bagi mengelakkan kecederaan pada tengkuk sewaktu kemalangan.  

Kanak- kanak berumur 4 tahun ke atas yang mempunyai berat 15 kg hingga 45 kg pula disarankan menggunakan CRS daripada jenis booster bagi mengurangkan kecederaan dan ianya menghadap hadapan.

Menurut Peraturan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNR), pengguna dinasihatkan supaya membeli CRS yang mengikut piawaian ditetapkan yang mempunyai piawaian keselamatan ECE R44 atau ECE R129.

Terdapat 3 kriteria utama dalam pemilihan kerusi bayi dan kerusi keselamatan kanak-kanak iaitu berat, umur dan tinggi yang disarankan oleh MIROS.

Berikut merupakan garis panduan seperti yang disarankan oleh MIROS.

Kumpulan 0/0+ – bayi baru lahir dengan berat sehingga 13 kg, tinggi sehingga tidak melebihi 83cm dan berumur antara 0-18 bulan, digalakkan menggunakan kerusi keselamatan bayi yang menghadap kebelakang.

Kumpulan 1 – kanak-kanak berumur antara 15 bulan sehingga 4 tahun, berat antara 9-18 kg dan ketinggian melebihi 71 cm disaran menggunakan kerusi keselamatankanak-kanak menghadap ke depan.

Kanak-kanak dengan berat di antara 15-25 kg, tinggi 100 cm ke atas dan berumur antara 4-7 tahun pula jatuh dalam kumpulan 2.

Akhir sekali ialah kumpulan 3 yang merangkumi kanak-kanak dengan berat 22 -36 kg, memiliki ketinggian sehingga 135 cm dan berusia 6 tahun dan keatas.

Mereka disaran menggunakan booster yang dipakai bersama-sama dengan tali pinggang keledar.

https://www.miros.gov.my/xs/page.php?s=crs-guidelines

Di sini kami pilih 3 CRS yang boleh anda pertimbangkan untuk dibeli:

Axkid Move

Merupakan jenama yang berasaldari Sweden yang melepasi piawaian EU untuk kerusi bayi (ECE R44/04).

Model ini amat sesuai digunakan bagi bayi berumur 9 bulan sehinggalah iamencapai berat 25kg dalam kaedah pemasangan menghadap kebelakang.

Untuk makluman, kedudukan rear-facing adalah 5 kali lebih selamat berbanding forward-facing atau menghadap hadapan.

Axkid Move membenarkan penggunaan rear facing sehingga bayi mencecah panjang 125cm. Antara ciri-ciri istimewa lain ialah ia ada 3 tetapan untuk head support dan 2 posisi untuk merendahkan head support.

Kenapa rear-facing? Doktor dan PakarKeselamatan Kanak-Kanak bersetuju bahawa kedudukan kanak-kanak menghadap belakang di dalam kereta adalah 5 kali ganda jauh lebih selamat berbanding dalam keadaan menghadap hadapan.

Ini kerana kanak -kanak jauh lebih berisiko untuk mendapat kecederaan serius atau mautberbanding orang dewasa, struktur tulang mereka yang belummatang dan fleksibel.

snskidz Proto

Dicadangkan untuk anak-anak yang mempunyai berat dalam julat 9 kg – 36kg dengan cadangan umur lebih 2 tahun.

Antara kelebihan rekaan snskidz Proto ia boleh diubah kepada 6 posisi bagi memuatkan kanak-kanak dari kecil sehinggalah mereka membesar. Sokongan bahu pula boleh diubah kepada 3 posisi yang sesuai.

Bagi perlindungan tambahan, snskidz Proto dilengkapi dengan sistem harness 5 poin yang mengikut piawaian ECE R44/04.

Dengan hanya seberat 6.3kg, ia amat mudah untuk disimpan dan dilipat. snskidz merupakan CRS yang kompak dimana dapat menempatkan 3 kerusi keselamatan kanak-kanak sebaris untuk memuatkan lebih banyak penumpang kanak-kanak jika anda mempunyai lebih dari seorang anak.

Apa yang penting, ia memberikan keselesaan pada anak-anak anda dan snskidz Proto juga boleh diubah menjadi booster seat.

hifold fit and fold booster

Merupakan booster seat untuk kanak-kanak seberat 15kg ke atas dan disarankan untuk kanak – kanak yang berumur 4 tahun ke atas menggunakan pemasangan tali pinggang keledar di dalam kereta.

Namun ia mempunyai kelebihan tersendiri dan unik kerana mempunyai teknologi “multi-fit”.

Apabila boleh dilaraskan kepada 243 tetapan (“setting”) individu yang memastikan tahap optimum pemakaian tali pinggang keledar yang sesuai dan selesa oleh kanak-kanak tidak kira ukuran atau ketinggian kanak-kanak tersebut.

Selain memenuhi syarat ECE R44 dan NHTSA 213, booster hifold juga direkakhas agar senang untuk disimpan dan dilipat sekiranya tidak digunakan.

Dengan berat sekitar 4.6 kg sahaja, amat mudah untuk dibawa ke sana dan ke sini. Walaupun ringan, booster ini dihasilkan dengan 4 lapisan khas berkualiti tinggi.

Bagi pembaca yang berminat, anda boleh layari laman sesawang Safe ‘n Sound di www.safensound.com.my/pages/mekanika10 dan hanya untuk pembaca Mekanika sahaja, anda akan dapat diskaun tambahan dengan menggunakan kod MEKANIKA10.

Promosi ini akan berakhir pada 16 September ini. Justeru, para pembaca jangan melepaskan peluang ini.

Google ads
Back to top button