
EURO NCAP AKAN BERI PENARAFAN RENDAH PADA KERETA TANPA SUIS DAN BUTANG FIZIKAL – AKHIRNYA KESEDARAN ITU TIBA
European New Car Assessment Programme yang juga kita kenali dengan nama Euro NCAP menyatakan yang mereka akan beri penarafan keselamatan yang rendah pada mana-mana kereta baharu yang dihasilkan tanpa butang-butang kawalan, tuil ataupung suis fizikal untuk fungsi signal, lampu kecemasan (hazard), hon dan panggilan kecemasan (SOS). Dengan kata lain untuk keselamatan kesemua fungsi yang disebutkan tadi mesti dioperasikan dengan suis-suis fizikal.

Penggunaan skrin sesentuh yang semakin meluas sudah menjadi satu penyakit dalam industry dengan kebanyakan pengeluar memilih untuk memindahkan sebahagian kawalan utama ke skrin sesentuh. Ia akan menyebabkan perhatian pemandu beralih arah dan mungkin menyebabkan kemalangan.
Peraturan baharu Euro NCAP tersebut bakal dikuatkuasa menjelang 2026 yang menggalakkan pengeluar memisahkan kawalan utama dari skrin sesentuh sekali gus meningkatkan lagi tumpuan pemandu kepada jalan raya di hadapan mereka.

Hyperscreen Mercedes mungkin contoh terbaik tentang skrin sesentuh yang agak besar. Namun begitu butang kawalan lampu kecemasan (hazard) diletakkan secara berasingan. Signalnya juga masih dikawal menggunakan tuil. Butang SOS pula diposisikan dibumbung kereta dan dengan kata lain Mercedes EQS masih memenuhi syarat disebutkan tadi walaupun mempunyai skrin yang besar gedabak.
Tesla Model 3 terbaru bagaimana pun tidak mempunyai tuil kawalan dan signal mebelok diaktifkan dengan butang sentuhan pada roda stereng. Rasanya butang sesentuh ni masih belum dapat dikategorikan sebagai butang fizikal kot?
Cuma kalau sekara logiknya, kalau dah sebahagian fungsi disebutkan tadi mesti dikawal secara fizikal rasanya dah tak ada keperluan untuk memasang skrin yang besar gedabak dalam kereta. Buruk sebenarnya kalau skrin tu besar sangat kat dalam kereta.
Beberapa kajian yang dijalankan mendapati yang skrin sesentuh memang mengalih perhatian pemandu dan tidak selamat. Satu kajian dari Jerman pada tahun 2022 mendapati Mazda 3 dengan pelbagai jenis butang kawalan fizikal mempunyai rekaan sistem infotainment yang paling selamat.
Kalau anda ingat sebelum pernah ada seorang ketua rekaan automotif dari Jerman yang menggambarkan skrin sesentuh sebagai sangat tak cerdik (kami ubah suai sikit perkataan yang digunakan).