Buletin

INOVASI KASUT BMW X-CAT DISC

Pada tahun 2008,  BMW Group Design mendedahkan  BMW GINA Light Visionary Model. Bahagian luar sub strukstur model konsep tersebut dibalut dengan fabrik tanpa jahitan, fleksibel dan hanya berfungsi apabila diperlukan.

Puma-BMW-X-CAT-DISC-mekanika (6)

Kini, GINA menjadi sumber inspirasi di sebalik kolaborasi kreatif di antara Designworks,  anak syarikat BMW Group dan pembuat kasut terkemuka dunia, Puma. Maka terhasillah kasut  dikenali sebagai X-CAT DISC yang menjadi model terbaharu dalam rangkaian kasut Puma DISC.

Proses pembangunan kasut ini bermula dengan penggunaan material GINA yang fleksibel, ergonomik dan ringan. Sementara Puma pula menghasilkan semula teknologi DISC yang lebih ringan.

Puma-BMW-X-CAT-DISC-mekanika (4)

Tidak menggunakan tali kasut, sistem ikatan sebaliknya terdiri daripada satu cakera yang boleh dipusing. Cakera itu kemudian akan menarik wayar yang ada pada bahagian dalam untuk membuka dan menutup kasut.

Dengan hanya sehelai material GINA yang super ringan dan boleh diregang, kasut itu membalut kali pemakai seperti kulit kedua. Jadi pergerakan kaki berasa sangat semula jadi.

Puma-BMW-X-CAT-DISC-mekanika (5)

BMW X-CAT DISC akan berada di kedai-kedai Puma terpilih di seluruh dunia mulai esok (1 Julai 2016).

Google ads
Back to top button