Buletin

AUDI Q2 – BERMULA £20,230 di UK

Audi semalam memperkenalkan model SUV paling kecil dalam rangkaian SUV keluarannya, Audi Q2 pada harga £20,230 (RM109,100) seunit.

Audi-Q2-mekanika (5)

Sebelum ini, Audi telah pun menawarkan SUV Q3, Q5 dan Q7. Ketua reka Bentuk Audi, Marc Lichte dan pasukannya menghasilkan hala tuju rekaan baru bagi menarik perhatian pembeli lebih muda.

Rekaan tersebut digabungkan dengan kemasan berkualiti, sistem ketersambungan, infotainmen dan ciri bantuan pemandu yang sebelum ini dipasang pada model-model Audi lebih besar.

Audi-Q2-mekanika (2)

Imej bahagian hadapan diserlahkan menerusi gril Singleframe berbentuk oktagonal dan corong kemasukan udara yang besar. Q2 memiliki dimensi sepanjang 4.19 meter dan tapak roda 2.60 meter. Rim aloi bersaiz 16 inci dengan rekaan baru sebagai ciri standard.

Ruang kabin Q2 dilengkapi skrin MMI. Sistem audio boleh dioperasi menggunakan butang rotari pada konsol tengah. MMI juga boleh dikawal menggunakan suara. Sistem operasi telefon pintar seperti iOS dan Android turut diintegrasikan melalui antara muka Audi.

Audi-Q2-mekanika (6)

Q2 membenarkan pemiliknya melakukan pengubahsuaian menerusi pelbagai pakej peralatan yang ditawarkannya. Salah satu pilihan ialah pakej lampu LED.

Jentera ini dijana oleh banyak pilihan enjin. Antaranya termasuklah dua enjin empat silinder, 1.6 TDI berkuasa 115PS dan Cylinder-on-Demand 1.4 TFSI 150PS. Enjin tiga silinder 1.0 TFSI berkuasa 115PS dan empat silinder 2.0 TDI (150PS) dijangka diperkenalkan menjelang akhir tahun ini.

Audi-Q2-mekanika (8)Pilihan transmisi pula ialah enam kelajuan manual dan kotak gear berkembar S tronic tujuh kelajuan.

Varian pacuan roda belakang menggunakan sistem suspensi semi-bebas. Sementara model quattro dilengkapi suspensi jenis four-link. SUV ini akan ditawarkan dalam tiga spesifikasi untuk pasaran United Kingdom iatu SE, Sport dan S line.

Model Spesifikasi Transmisi Harga
Q2 1.0 TFSI (115PS)* SE 6-speed manual £20,230
Q2 1.0 TFSI (115PS)* Sport 6-speed manual £21,780
Q2 1.4 TFSI CoD (150PS)* SE 6-speed manual £22,380
7-speed S tronic £23,930
Q2 1.4 TFSI CoD (150PS) Sport 6-speed manual £23,930
7-speed S tronic £25,480
Q2 1.4 TFSI CoD (150PS) S line 6-speed manual £26,180
7-speed S tronic £27,730
Q2 1.6 TDI (115PS) SE 6-speed manual £22,480
7-speed S tronic £24,030
Q2 1.6 TDI (115PS) Sport 6-speed manual £24,030
7-speed S tronic £25,580
Q2 1.6 TDI (115PS) S line 6-speed manual £26,280
7-speed S tronic £27,830
Q2 2.0 TDI (150PS)* Sport 7-speed S tronic £26,930
Q2 2.0 TDI (150PS)* S line 7-speed S tronic £29,180
Q2 2.0 TDI quattro (150PS)* Sport 7-speed S tronic £28,360
Q2 2.0 TDI quattro (150PS)* S line 7-speed S tronic £30,610

 

Google ads
Back to top button