Motosikal

DUCATI PANIGALE – KING SUPERBIKE SEPANJANG TAHUN 2018

Untuk empat tahun berturut-turut, Ducati berjaya mencatat jualan lebih 50,000 unit motosikal di pasaran seluruh dunia. Daripada angka itu, satu perlima melibatkan jentera Panigale.

Biarpun Amerika Syarikat tidak lagi menjadi pasaran terbesar Ducati apabila jualannya jatuh hampir 10 peratus, penerimaan terhadap Panigale masih positif.

Buktinya, sebanyak 9,700 unit Panigale telah diserahkan kepada pemilinya dengan 6,100 daripadanya ialah model V4. Ini membolehkan Panigale diangkat sebagai king dalam segmennya.

Ia memperlihatkan peningkatan hampir 70 peratus berbanding tahun 2017. Bukan itu sahaja, lonjakan jualan tersebut membolehkan Ducati menguasai 26 peratus pasaran superbike dunia.  

Dalam segmen motosikal adventure pula, barisan model Multistrada mencatat jualan 11,829 unit.

Ketika jualan di seluruh dunia menurun, beberapa pasaran nampaknya menunjukkan pertumbuhan mapan. Antaranya ialah China dengan peningkatan sebanyak 29 peratus dari tahun 2017 hingga 2018.

Secara keseluruhannya, Ducati gembira dengan keputusan ini dan semakin optimis.

”Kami mencapai kestabilan dari segi perniagaan dan perlumbaan pada tahun 2018. Ducati berjaya memenangi beberapa perlumbaan MotoGP dan membangunkan jentera yang luar biasa.

“Kami akan terus menjadi ikon baru dari segi gayaan dan teknologi kepada pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali.

Tags
Google ads
Back to top button